Friday, October 7, 2011
azwan ali bersyukur rumah terbuka meriah...
KUALA LUMPUR, 4 OKTOBER 2011: Meskipun sedang kecoh perihal perbalahannya bersama dua selebriti popular, namun semua itu tidak sedikitpun mengganggu perjalanan majlis rumah terbuka pengacara sensasi Azwan Ali berkenaan yang diadakan di kediamannya di Ukay Perdana, di sini malam kelmarin.
Sebaliknya, majlis rumah terbuka yang diberi nama Sudi Sudi Aidilfitri itu telah dihadiri ramai selebriti popular tanah air. Antaranya adalah Linda Onn, Noniswara, Sharifah Shahora, Zul Yahya, Bob, penyampai-penyampai radio EraFM, Reza Mohamed, Dina, Adi, pereka fesyen, Ezuwan Ismail dan tidak ketinggalan produser terkenal, Zaiton Mohd Jiwa.
Azwan Ali ketika ditemui portal murai.com.my berkata, dia berasa sangat terharu dengan kunjungan ramai tetamu ke rumah terbukanya itu, walaupun pada awalnya agak gusar dengan sambutan yang bakal diterima.
"Terus terang saya nyatakan, dengan isu kontroveersi yang masih hangat diperkatakan sekarang ini, saya rasa amat takut jika rumah terbuka yang saya buat ini akan kosong tanpa dihadiri sesiapa.
"Syukur Alhamdulillah, majlis hari ini berjalan dengan lancar dalam suasana yang cukup harmoni. Jadi kepada sesiapa yang membuat mulut di luar sana, mungkin inilah hikmah yang Tuhan berikan kepada saya. Kepada yang sudi datang, saya ucapkan ribuan terima kasih.
"Saya juga terharu, bila ada juga rakan artis yang menghubungi saya sendiri seperti Fauziah Latiff, Lisa Suruhani dan Zaibo yang meminta maaf kerana tidak dapat hadir kerana ada urusan yang lebih penting" katanya dengan hati terbuka.
Selain rakan artis, majlis rumah terbuka berkenaan turut dihadiri beberapa wakil media cetak dan elektronik serta tidak ketinggalan teman seangkatan di dalam industri hiburan tanah air.
Isu timbul apabila Azwan Ali baru-baru ini berhadapan dengan perang sesama rakan artis yang membabitkan perbalahan antara dua selebriti wanita popular di laman Twitter.
Enggan mengulas lebih lanjut mengenai perbalahan yang tercipta, Azwan Ali berkata dia menyerahkan sepenuhnya kepada yang maha Esa supaya memberi petunjuk dan hidayah kepadanya dan individu terbabit.
Jelasnya lagi, kontroversi yang sedang berlaku adalah hikmah buatnya untuk lebih berhati-hati dalam meneruskan kehidupan terutama dalam soal memilih teman yang benar-benar jujur dalam hubungan persahabatan.
"Saya tak mahu mengutuk atau mengungkit tetang perkara yang sudah berlaku. Biarlah saya meneruskan perjuangan sebagai anak seni dan sekiranya mereka masih mahu berteriak di luar sana, biarlah mereka teruskan.
"Mungkin inilah petunjuk yang Tuhan berikan kepada saya selepas pulang dari menunaikah umrah di Mekah baru-baru ini supaya tidak terus rapat dengan individu seperti ini. Mungkin juga hikmah yang Tuhan berikan supaya dijauhkan dengan masalah yang lebih besar," katanya
Menganggap perkara berkenaan sebagai perasaan sakit hati dari segelintir pihak, Azwan Ali akan cuba sedaya upayanya untuk menangani situasi berkenaan dalam keadaan yang tenang dan penuh keinsafan.
@murai.com.my
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia
Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...
No comments:
Post a Comment