Friday, October 7, 2011

Amirul, Nur Ayuni dinobat atlet terbaik Pahang



NUR AYUNI (kiri) dan Amirul bangga dengan trofi masing-masing selepas dinobatkan sebagai atlet terbaik Pahang.


ATLET angkat berat negara, Amirul Hamizan Ibrahim dan atlet menembak, Nur Ayuni Farhana Abdul Halim dipilih sebagai Olahragawan dan Olahragawati Pahang 2009/2010.
Pemilihan mereka berdasarkan pencapaian cemerlang dalam setiap kejohanan yang mereka serta sepanjang tahun 2009/2010.
Dengan kemenangan itu, Amirul Hamizan dan Nur Ayuni Farhana membawa pulang hadiah wang tunai RM3,500, sijil dan piala.
Amirul Hamizan memenangi anugerah itu buat kali ketiga selepas tahun 2002 dan 2007/2008, manakala Nur Ayuni pernah dinobatkan Olahragawati Harapan Pahang bagi tahun 2007/2008.
Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenaan menyempurnakan majlis Anugerah Sukan Pahang 2009/ 2010 yang berlangsung di Ku- antan malam kelmarin.
Olahragawan Harapan Pahang pula diungguli atlet silat, Mohd. Al-Jufri Jamari, manakala Olahragawati Harapan menjadi milik atlet renang, Boey Wen Teng dengan masing-masing membawa pulang wang tunai RM1,500, sijil dan piala.
Selain itu, penerima anugerah yang lain iaitu Majlis Sukan Daerah Terbaik dime- nangi oleh Majlis Sukan Dae- rah Maran, manakala Persa- tuan Sukan Negeri Terbaik dimenangi oleh Persatuan Bola Tampar Pahang.
Anugerah Penggerak Sukan disandang oleh Datuk Zulkefli Yaacob, Anugerah Kepimpinan (Datuk Saariah Saad), Anugerah Tokoh Sukan (Datuk Ibrahim Mohd. Taib, Berpasukan Terbaik (Pasukan Hoki Wanita), Anugerah Jurulatih Terbaik (Benedict Arais), Paralimpik Lelaki (Hamdan Mohammad) dan Paralimpik Wanita (Wong Wai Peng).
Anggota media turut diberi pengiktirafan dengan anugerah Khas Media yang diberikan kepada Nik Naizi Husin dari akhbar The Star.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan Negeri Pahang, Datuk Wan Adnan Wan Mamat dalam ucapannya berkata, seramai 28 orang atlet negeri ini telah dipanggil untuk menggalas cabaran negara pada Sukan SEA ke-26 di Palembang dan Jakarta pada November depan.
“Penyertaan kali ini menunjukkan atlet negeri ini komited dan bersedia untuk mengharumkan nama negara.
“Ini menunjukkan bahawa negeri Pahang bersedia dan mampu melahirkan atlet-atlet berpotensi.”

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...