Tuesday, October 18, 2011

Aktres Saman Amazon, Dedahkan Umur Sebenar

Aktres Saman Amazon Kerana Dedahkan Umur Sebenar

Seattle – Seorang aktres Hollywood yang tidak dinamakan, telah memfailkan sama ke atas laman web Amazon sebanyak AS$1 juta kerana didakwa menceroboh maklumat sulit dari butiran kad kreditnya dengan tujuan mendedahkan umur sebenarnya.
Saman itu difailkan di Mahkamah Persekutuan Seattle oleh aktres berusia 40 tahun itu yang hanya dikenali sebagai `Jane Doe’ dalam kertas mahkamah.
Dia mendakwa laman web itu menggunakan butiran dari kad kreditnya ketika dia membeli pakej yang ditawarkan oleh Amazon, iaitu Internet Movie Database (IMDb) bagi mendapatkan lebih banyak kontrak.
Aktres yang berketurunan Asia dan menggunakan nama barat itu mendakwa kehilangan banyak peluang dalam industri seni di Hollywodd selepas umur sebenarnya didedahkan.
Jelasnya, IMDb juga enggan memadamkan umur dalam profilnya, sekali gus melanggar syarat kontrak dan perjanjian ketika melanggan IMDb.
Dalam saman yang dikemukakan itu, aktres itu mendakwa penggiat seni wanita yang berusia 40 tahun, sukar mendapat tempat dan peluang dalam industri hiburan di Hollywood.
Sementara itu, jurucakap Amazon, Mary Osako enggan mengulas mengenai kes itu kerana ia telah dibawa ke mahkamah.
Ini bukan kali pertama Amazon disaman atas tuduhan mendedahkan maklumat peribadi aktres.
Sebelum ini Eriko Tamuro, seorang aktres di Los Angeles menyaman Amazon selepas laman web itu mendedahkan nama asal dan tarikh lahirnya.
@mynewshub.my

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...