
BANGKOK – Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra menjadi sasaran penggodam apabila akaun Twitter miliknya diceroboh.
Berikutan itu, Kementerian Komunikasi dan Penerangan Thailand melancarkan siasatan bagi mengesan pihak yang bertanggungjawab.
Selain mempersoalkan mengenai kemampuan Yingluck, penggodam turut menuduh beliau menjadi bonek kepada abangnya, bekas Presiden Thailand, Thaksin Shinawatra yang digulingkan dalam satu rampasan kuasa tentera pada 2006.
Pihak tidak bertanggungjawab itu juga memperosoalkan janjinya semasa kempen pilihan raya berhubung pemberian komputer kepada kanak-kanak sekolah dan menuduh Yingluck gagal dalam tindakannya terhadap mangsa banjir di beberapa bahagian Thailand.
Mesej terakhir yang digodam ialah “Jika beliau gagal mempertahankan akaun Twitternya sendiri, bagaimana beliau mahu mempertahankan negara”.
Yingluck menjadi wanita pertama dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand selepas menang pilihan raya pada bulan Julai lalu.
Beliau mendapat sokongan pengundi di kawasan pedalaman.
No comments:
Post a Comment