Abby Abadi telah dimasukkan ke hospital Gleneagles minggu lalu gara-gara tekanan perasaan yang berkait dengan hal-hal peribadi semasa yang dihadapinya sejak akhir-akhir ini.
Abby dimasukkan ke hospital pada hari Isnin dan keluar pada hari Rabu, yakni pada hari resepsi perkahwinan Norman Hakim dan Memey Suhaiza.
Bagaimanapun Abby menafikan tekanan tersebut ada kena mengena dengan kedua-dua pihak itu.
“Saya Cuma terlalu stress dengan hal2 semasa. Tapi takde kena mengena langsung dengan yang sebelum ini yer. so jangan la kaitkan dengan diaorangg (Norman dan Memey) pulak.Abby menjelaskan bahawa sepatutnya dia diarahkan doktor untuk berehat di hospital beberapa hari, namun dia menolak dan meminta untuk dikeluarkan dari wad hospital berkenaan.
"Sy tak makan, tak cukup tidur.
“Saya ok, tapi memang terlalu banyaak fikir buat Saya rasa over tension. Tapi masih terkawal, alhamdulillah”,
“Ikutkan doc suruh rest lagi kat hospital untuk bebrapa hari tp Saya minta keluar. Patutnya shuting. terpaksa tolak hb ari tu,”
No comments:
Post a Comment