
MUMBAI – Lebih 200 gadis India yang mempunyai nama bermaksud “tidak dikehendaki” dalam bahasa Hindi memilih nama lain untuk memulakan hidup baru mereka.
Pejabat daerah wilayah tengah India mengadakan majlis semalam yang diharap dapat memberikan maruah baru kepada gadis berkenaan dan membantu mengharungi diskriminasi jantina berikutan nisbah ketika ini lebih ramai lelaki berbanding perempuan.
Seramai 285 gadis memakai pakaian menarik mereka dengan tocang dan reben di rambut mereka, berbaris menerima sijil dengan nama baru bersama sejambak bunga daripada Pegawai Daerah Satara, wilayah Maharashtra. AP
asampedaz: kowang ador namo peah lagieee..? ador..? hik..
asampedaz: kowang ador namo peah lagieee..? ador..? hik..
No comments:
Post a Comment