Tuesday, October 18, 2011

“1911″, Filem Jackie Chan Yang Ke-100!



Filem 1911 berkisarkan penubuhan Republik China oleh seorang pejuang kemerdekaan, Sun Yat-sen (Winston Chao) yang ingin menjatuhkan Dinasti Qing.
Namun itu tidak menjadi persoalan OHBULAN!, apa yang menarik ialah filem ini adalah filem Jackie Chan yang ke-100. Beliau juga merupakan aktor filem “Warring States” dan pernah meminjamkan suara untuk filem animasi, “Kungfu Panda”.
Terkenal dengan filem bergenrekan aksi komedi, Jackie Chan adalah seorang pakar seni pertahanan diri dan kebanyakan stuntdalam filem yang dibintanginya dilakonkan sendiri. Tidak hairanlah aktor yang sudah mempunyai seorang anak ini mampu mencipta nama di Hollywood.
Aktor berusia 57 tahun ini juga menjadikan lagenda-lagenda seperti Bruce Lee dan Jim Carrey sebagai idolanya. Mula berlakon pada tahun 1964 dalam filem bertajuk “Big and Little Wong Tin Bar”, Jackie Chan pernah beberapa kali mengalami kecederaan yang serius sepanjang dia berada dalam industri ini.
OHBULAN! pasti ramai peminat tegar Jackie Chan disini, jadi apa salahnya jika anda pergi ke pawagam dan tonton filem “1911″ yang sudah mula ditayangkan sejak 13 Oktober lepas! Trailer 1911 selepas ini!
@ohbulan.com

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...