Friday, September 16, 2011

Video Youtube Malaysian Heroes Oleh youhavebeenhacked88

Hari ini kecoh dengan video youtube yang bertajuk Malaysian Heroes diupload oleh youhavebeenhacked88 di mana menyiarkan video  imej seorang lelaki yang menampar, menumbuk dan menyepak dua pelajar kejururawatan dalam sebuah klip video berusia setahun yang muncul semula dalam tempoh 48 jam lalu menimbulkan kemarahan pengguna Internet.

Klip video itu menunjukkan lelaki yang dipercayai berusia dalam lingkungan 20-an berulang kali menakut-nakutkan mangsa menggunakan perkataan kesat dalam bahasa Tamil di tempat letak kereta awam. Video bertajuk ‘Malaysian Heroes’ itu turut disebarkan dalam laman sosial Facebook.
Klip video itu dihantar dibawah nama pengguna ‘youhavebeenhacked88′ yang menyenaraikan Malaysia sebagai negara kelahirannya. Sehingga lewat malam Rabu, klip video itu merekodkan 42,546 tontonan di laman sosial, You Tube dan malam ini dah mencecah 50, 223 rekod.

Bagaimanapun, laporan polis sudahpun dibuat bagi tindakan susulan.
@darkbatman.com

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...