Wednesday, September 28, 2011

TIPS: Cara cabut bulu ketiak.



Nota: Entri Ni agak Melucukan.. so bersedia utk ketawa! hehe..kredit pada blogger "bulu ketiak"...

Kat USM dulu, saya ada seorang kawan yang digelar 'Bulu'.
Cth perbualan: "Bulu, pinjam sikat jap."
Kelakar kan? 
Namun beliau tiada kaitan dengan bulu ketiak.
Harap maklong.

***
Tips ini yang bodoh dan gampang tapi agak berguna haha.


***


Berbagai-bagai bulu ada di badan kita. Dari kepala sampailah ke ibu jari kaki. Macam-macam jenis bulu, ada yang berkasta tinggi (rambut), dan ada yang berkasta rendah (bulu pubis). Ada yang kasar, ada yang halus. Mcm2.

Jangan pula korang konon bersifat penyayang mahu adil lalu korang melayani semua bulu-bulu itu sama rata. Konsep 1Malaysia tak boleh diadaptasi pada bulu ya. 1Bulu, oh, err..

Ok, maka hendaklah korang ketahui apa perlu korang buat bila janggut panjang cecah tetek, misai panjang cecah bibir bawah, atau bila bulu pub.. tutttt berjela tuttt tutttt semak tutttt tutttt pembiakan kutu tut tuttt...

Orang yang sudah punyai pelbagai bulu ini sudah semestinya orang yang sudah dewasa. Orang dewasa pastilah tahu yang janggut tak boleh dicabut, bulu betis tak boleh dicukur (lelaki), kening tak boleh dicukur (lelaki & perempuan) dan sebagainya kan? ('Dan sebagainya' adalah penutup senarai yang klise buatkan penulis yang jahil dan tak tahu nampak macam tahu kan kan kan? haha. sila gunekan selalu)

Okey. Maka sehubungan dengan itu, orang dewasa macam korang pasti tahu bulu ketiak sunat dicabut, tak kiralah pada hari Jumaat ke hari minggu ke atau pun pada Hari Guru. Jangan cabut bulu masa korang dalam hadas besar pulak, mampos nak kutip sehelai demi sehelai bulu-bulu itu untuk dimandikan.

Dan, jangan pula jadikan sikap malas cabut bulu ketiak sebagai batu loncatan untuk meningkatkan tahap keyakinan diri dengan menyimpan bulu ketiak seperti saudari di atas. Sungguh jijik sekali. Bukan suka-suka saranan mencabut bulu ketiak daripada saya ini, tetapi ianya berdasarkan faktor kesihatan.

Antaranya faktor kesihatan lobang hidong orang sebelah. Busuk okey kalau bulu ketiak sudah berserabut dan berlingkar di tempat terkepit dan banyak liang peluh itu. Dah lah ketiak busuk, lepas itu naik kenderaan awam berhawa dingin pula seperti komuter. Tak tahu ke ketiak dia tu busuk? Patutnya dia tahu sebab hidung dia paling dekat dengan ketiak dia, tapi diarilek aje, ajaib betul. Mat-mat bangla kalau masuk komuter seolah-olah mereka membawa masuk 1000 ekor kambing bersama mereka. Series shit saya mahu muntah.

Mengapa cabut? Apa kata kalau cukur aje?

Kalau cukur, bagi saya, rasa dia gatal2 sikitlah. Tak selesa nak 'kawad' ke tempat kerja. Furthermore, atau dalam bahasa Melayunya, lebih-lebih lagi, bulu ketiak ni subur juga tumbesarannya walaupun tak dapat banyak sinaran matahari dan oksigen kat celah itu. Hari ni cukur, besok dah mencucuk-cucuk kat situ. Urkgh, amat tidak selesa perasaan merengsa itu, juga cukup tak selesa nak kena angkat ketiak hadap cermin hari-hari untuk bercukur.

Okey. Seterusnya. Cara-cara mencabut bulu ketiak dengan selamat. Saya tidak mahu mengutarakan kaedah-kaedah mahal-mahal seperti waxing, atau seperti yang disaran oleh webpage ini. Kita guna cara semulajadi aje free dan baik untuk kesihatan.

Langkah-langkah mencabut bulu ketiak:

1) Cabut di rumah, lebih tepat lagi di dalam bilik peribadi. Jangan pula jadikan ia aktiviti sambilan ketika menunggu angka giliran di bank, atau ketika di dalam komuter di mana ketika tangan kanan memegang palang besi yang tinggi, tangan kiri pemuda berkemeja lengan pendek itu pula keluar masuk keluar masuk di bukaan lengan kanan baju tadi haha. Gile ah.

Oleh itu, lakukan sendirian di dalam bilik ya. Tak 'warak' lah kalau dilihat orang.

2) Barang-barang yang diperlukan untuk operasi ini.



pengepit bulu (tweezer) - actually guna jari pun boleh, tapi kalau bulu pendek, susah nak cabut. Licin. Kalau kuku baru lepas potong boleh juga 'cekik' atau 'kepit' pakai kuku yang 'flat' tu, tapi memerlukan skill yang tinggi. Jadi beli saja tweezer kat kedai ekonomi RM1.90.

dan.



of kos bulu ketiak.


3) Sebelum memulakan operasi pencabutan, sila pastikan tangan dan ketiak korang bersih daripada sebarang kuman. Oleh itu, sebaiknya, cabut selepas mandi. Atau kalau tak mahu mandi lagi, basuh tangan dan ketiak itu ya.

Jangkitan kuman di ketiak amat bahaya okey.




4) Seterusnya. Posisi. Berbaring adalah posisi paling selesa setakat yang saya amalkan. Kalau mahu buat fear factor boleh saja lakukan ketika berdiri, mencangkung, dalam posisi yoga, atau ketika duduk di meja membaca blog kecek2 sendiri hehe.

Dapatkan bantal untuk kelesaan leher dan 'setting'lah jarak mata dan ketiak pada jarak paling optimum (Normal Reading Distance). Nanti tak sampai tiga kali cabut bulu ketiak, mata kau dah rabun dekat hehe. Bukan rabun sebab hendapan maksima, tapi sebab bulu ketiak terpelanting masuk dalam mata. Oh, sila pakai google.



5) Cabut perlahan-lahan. Bulu ketiak adalah buluan umpama sejenis tumbuh-tumbuhan 'ubi' yang punyai 'root tubers'. Macam rerambut lain, akar dia macam ubi keledek. Dan satu pore (liang) boleh ada beberapa utas bulu ketiak.




Oleh itu, cabut satu persatu kalau tak mahu ketiak korang berdarah-darah sehingga menimbulkan rasa gerun pada pemilik ketiak tersebut in case korang cabut bulu ketiak orang lain ke apa. Kalau mahu pedajal dia pun boleh. Kepit banyak2, tarik kuat2. Perkgh, masyuk.

Liang ketiak berdarah sebenarnya boleh menyebabkan bakteria menyelusup masuk untuk memakan sebum-sebum yang sedap di bawah epidermis ketiak di mana bakteria-bakteria celaka yang dibunuh sel darah putih itu akan menyebabkan ketiak korang bernanah euuuwww.

6) Tempatkan bulu-bulu ketiak yang dicabut di tempat selamat dan jauh daripada capaian kanak-kanak lebih-lebih kanak-kanak seusia Absyar yang gemar memasukkan segala sesuatu ke dalam mulutnya. Paling bagus, 'stick it' atau dalam bahasa Melayu, 'lekatkan ia' ke bahagian badan berdekatan.

Akar bulu punyai sebum dan 'ubi' yang lembab dan melekit. Ia punyai sifat gam sebenarnya. Selepas cabut, cepat-cepat lekatkan bulu ketiak itu pada mana-mana bahagian badan contohnya atas bahu, sebelum sebum itu kering. InsyaAllah, ia akan melekat kemas di situ. Cuba terai tiup kalau mahu tahu. Kumpulkan. Seolah-olah korang memindahkan koloni bulu ketiak ke bahu menjadi bulu bahu. Lepas itu, sapu dan flush dalam toilet atau sebaiknya tanamkan.

7) Pusing-pusing. Jangan kerjakan sebelah ketiak sampai habis, kerana selepas itu, ketika mahu beralih ke ketiak sebelah, korang pasti akan mengalami kejang leher. Nanti jatuh saham korang apabila terpaksa ke pasar dengan leher terteleng mencari ameltz yoko yoko. Lagi malu kalau orang tahu ketiak korang sebelah ada bulu, sebelah takde bulu huahuahua.

Oleh sebab itu. Untuk mengelakkan kekhusyukan yang membawa padah, selang selikan proses pencabutan. 2 minit sebelah ok. Kalau-kalau mahu kira pun boleh, 20 helai sebelah. At least dengan cara ini kau boleh berbangga dengan rakan-rakan kerana kau mengetahui kepadatan bulu ketiak kau secara jitu.

"Kau tahu bulu ketiak aku punyai kepadatan 20 helai per sentimeter square." <-- perkgh, ayat ini amat hebat.

Yang penting beralih sebelum leher kejang, okey. Itu aje. hehe.

8) Lepas dah licin, boleh taruk bedak sejuk untuk membelai ketiak korang hahaha. Eh, boleh juga trai bedak ketiak kulit rambai untuk hilangkan bau yang tak senonoh itu ya.

Tak payah susah-susah amalkan petua 'genyeh' (gosok sepenuh tenaga) ketiak ke kepala lutut. Hanya inilah rahsia saya tidak pernah barang sekali mencalitkan deadorant ke bawah ketiak saya sepanjang hayat. Walhal, baunya tetap menawan dan disukai isteri wahahahaha.

p/s: Kalau sudah punyai isteri, gotong-royong saling cabut-mencabut bulu ketiak pasangan setiap hujung minggu adalah satu aktiviti sosial yang baik untuk keutuhan rumah tangga. Sebelah ketiak = 20 minit. Kalau empat belah, sudah jadi sejam setengah. Sejam setengah sudah cukup untuk berbual kisah saham, kerja, anak-anak hinggalah ke tajuk intim. Selepas itu, bergotong-royong dalam meramaikan umat plak wahahahaha.

Sekian terima kasih.

http://www.kubakoya.com/2010/01/tips-cara-cabut-bulu-ketiak.html
terus pergi sini: 

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...