Wednesday, September 14, 2011

Syamsul Yusof & Aizat Terpilih Sebagai Tokoh Muda Negara 2011


Tidak sia sia usaha mereka berdua selama ini mencipta nama dalam industri hiburan.
Aizat & Syamsul Yusof masing masing terpilih sebagai Tokoh Muda Negara 2011 bersempena dengan Hari Kemerdekaan ke-54.
Harian Metro melaporkan hari ini yang kedua dua mereka sudah di’maklumkan tentang pengiktirafan ini melalui surat dari Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.
Aizat terpilih menjadi Tokoh Muda Negara kerana kejayaan beliau menempa nama dalam dunia industri muzik & Syamsul Yusof kerana filem’nya KL Gangster menjadi filem terlaris Malaysia setakat ini.
Aizat & Syamsul Yusof bakal di’arak ketika sambutan Hari Kemerdekaan ke-54 Malaysia Jumaat ini di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Tahniah dari kami di Rotikaya HQ buat Aizat & Syamsul Yusof atas pencapaian kamu berdua. Bukan kami untuk menimbulkan soal layak atau tidak, mereka yang lebih arif telah memilih mereka berdua.

@rotikaya.com

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...