Sunday, September 4, 2011

Sentuhan ajaib Rooney



ROONEY (tengah) meraikan kejayaannya menjaringkan gol kedua England bersama Walcott (kiri) dan Ashley.

SOFIA – Wayne Rooney meneruskan sentuhan ajaibnya apabila meledakkan dua gol untuk membantu England menewaskan Bulgaria 3-0 pada aksi kela- yakan Euro 2012 awal pagi semalam.
Kedua-dua gol tersebut hadir pada separuh masa pertama sebelum pemain pertahanan England, Ga- ry Cahill yang membuat penampilan sulung bersama skuad kebangsaan menambah gol ketiga.
“Sangat penting untuk memena- ngi perlawanan ini di sini (England). Kami beraksi dengan baik dan dari awal lagi kami telah bersedia,” kata jurulatih England, Fabio Capello.
Pada perlawanan tersebut, England membuka jaringan pada minit ke-13 apabila pemain pertahanan Bolton Wanderers, Cahill yang menjadi sasaran Arsenal dan Tot- tenham Hotspur musim ini, bijak menyempurnakan hantaran Gareth Barry.
“Ia seperti minggu (perpindahan) tidak masuk akal. Selepas ta- rikh perpindahan ditutup, saya akan kekal (di Bolton), saya akan bekerja keras untuk kelab dan negara saya,” kata Cahill
Peledak berbisa England, Rooney yang menjadi nadi untuk Manchester United musim ini, menjadikan kedudukan 2-0 menerusi tandukan hasil hantaran pemain sayap, Stewart Downing pada minit ke-21.
Selepas itu, giliran Theo Walcott membantu Rooney menyumbat gol kedua pada masa kecederaan babak pertama.
Selepas enam perlawanan, England kekal selaku pendahulu Kumpulan G dengan 14 mata, tiga di hadapan Montenegro yang tewas 1-2 kepada Wales dan Bulgaria kekal keempat (lima mata).
Sementara itu, England dijangka akan membuat aduan rasmi selepas beberapa pemain kulit hitam pasukan itu, Chris Smalling, Ashley Cole, Ashley Young dan Walcott menjadi mangsa ejekan penonton. – Reuters

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...