
KAPTEN Perak, Shahrulnizam turut terlepas aksi ekoran penggantungan oleh FAM.
KEHILANGAN lima pemain utama yang digantung lima perlawanan tidak akan melunturkan semangat skuad Perak untuk mengharungi saingan Piala Malaysia musim ini.
Demikian tegas Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Datuk Zainol Padzi Paharuddin semalam.
Katanya, barisan pemain yang ada akan digarap sebaik mungkin oleh jurulatih Norizan Bakar bagi membentuk pasukan terbaik untuk meneruskan saingan selepas seri tanpa jaringan dalam perlawanan pertama menentang Sabah, Selasa lalu.
Perak 'tempang' berikutan keputusan Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malay- sia (FAM) kelmarin yang menge- kalkan hukuman penggantungan tujuh perlawanan ke atas lima tonggak utama Perak selepas insiden menyerang pegawai pertandingan di Stadium Lumut pada 19 Mei lalu.
Ketua pasukan, Shahrulnizam Mustapa bersama-sama penjaring terbanyak, Akmal Rizal Ahmad Rakhli; penjaga gol, Mohd. Nasril Nourdin; pemain tengah, Mohd. Syazwan Roslan dan Azmeer Yusoff digantung tujuh perlawanan dan didenda sebanyak RM4,000 pada 18 Julai lalu.
Keputusan yang mengejutkan itu membuatkan khidmat kelima- lima pemain itu tidak dapat digunakan dalam lima perlawanan awal saingan Piala Malaysia.
"Ketiadaan kelima-lima pemain berkenaan meletakkan Perak dalam situasi yang kurang selesa bagi menghadapi perlawa- nan Piala Malaysia akan datang.
"Kita amat kesal dengan keputusan itu dan menyifatkanya sebagai tidak adil tetapi kita tidak mempunyai sebarang pilihan. Kita tetap meneruskan saingan dengan barisan pemain yang ada," kata Zainol Padzi.
Sebelum ini, FAM membenarkan kelima-lima pemain tersebut bermain dalam perlawanan pembukaan Piala Malaysia di Kota Kinabalu dua hari lalu tetapi Norizan hanya menyenaraikan Shahrulnizam, Akmal Rizal dan Mohd. Nasril dalam perlawanan yang berkesudahan seri tanpa jaringan itu.
Perak akan turun menentang Johor di Ipoh esok.
Selain Sabah dan Johor, satu lagi pasukan dalam Kumpulan A ialah skuad Hijau Kuning, Kedah.
Jika Perak layak ke perlawanan suku akhir, kelima-lima pemain ini masih tidak boleh beraksi dalam dua perlawanan pusi- ngan pertama dan kedua.
Perak sebelum ini telah meminjam penjaring terbanyak pasukan Universiti Sains Malaysia (USM), Mohd. Failee Mohd. Ghazli bersama-sama pemain Perlis, Mohd. Hafiszuan Salehuddin dan pemain Harimau Muda, Muhammad Rafiuddin Roddin bagi mengharungi Piala Malaysia.
No comments:
Post a Comment