Saturday, September 24, 2011

Raudhah bawa belia ke masjid



KUMPULAN Al-Mawlid akan bertemu belia dalam program jelajah Raudhah.


STESEN televisyen TV9 melalui jenama Raudhah mengambil inisiatif untuk memperkenalkan masjid sebagai hab komuniti bagi para remaja dan masyarakat setempat.
Penjenamaan Raudhah yang membariskan program-program berunsur Islamik seperti Tanyalah Ustaz, Tanyalah Ustazah, Halaqah, Semanis Kurma, Usrah dan Safiyya kini memperkasakan lagi penjenamaannya melalui penganjuran acara padang dengan nama Raudhah di Raudhah di Hatiku.
Dibawakan oleh Lembaga Zakat Selangor dan dimeriahkan lagi oleh kehadiran HotFM ini merupakan salah satu daripada tanggungjawab sosial stesen untuk menarik minat remaja mendekatkan diri mereka dengan masjid serta mengenepikan persepsi yang masjid ini hanyalah untuk solat sahaja.
Sesungguhnya kebanyakan masjid di Malaysia ini begitu aktif dan sentiasa mengadakan aktiviti-aktiviti menarik buat jemaah mereka serta masyarakat setempat.
Lokasi pertama Raudhah di Hatiku ialah Masjid Darul Ehsan, SS15 Subang Jaya pada hari Sabtu (hari ini), 24 September 2011 bermula seawal 9 pagi hingga 6 petang dengan pelbagai aktiviti menarik sesuai untuk setiap lapisan umur.
Aktiviti-aktiviti yang dirancang adalah seperti berikut:
* Rumah Terbuka dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri, di mana pihak masjid akan menumbangkan seekor lembu untuk dijamu kepada tetamu Pertandingan muazzin muda.
* Uji bakat pengulas berita dan penyampai radio.
* Pencarian pengacara Safiyya serta tutorial menggayakan tudung.
* Pertandingan memasak.
* Demo mandi dan kafan jenazah.
* Pameran daripada Agensi Anti-Dadah Kebangsaan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Selain itu, acara ini turut dimeriahkan oleh tokoh Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz memberi ceramah berkaitan Titian Sirat serta barisan selebriti TV9 seperti Syed Mohd Khair, Zuhairah Mustafa Al-Husin, Irma Hasmie, Liyana Hisham (pengacara Safiyyah), artis Catriona Ross serta kumpulan nasyid Al-Mawlid.
Lebih menarik pengunjung dapat menyertai rakaman rancangan Tanyalah Ustaz yang dikendalikan oleh Ustaz Halim Din yang membawa tajuk 'Agihan Zakat'. Sementara itu, Ustazah Asni Abu Mansor juga akan hadir bagi sesi rakaman Tanyalah Ustazah mengupas tentang Bagaimana Wanita Berperanan.
Kedua-dua rancangan ini akan disiarkan pada bulan November nanti.
Kepada mereka yang tidak berkesempatan untuk memeriahkan suasana raudhah Di Hatiku di Masjid Darul Ehsan, SS15 Subang Jaya, bolehlah menjelajah di tiga lokasi seterusnya iaitu :
n Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati, 1 Oktober 2011 (Sabtu).
n Masjid Al-Falah, Jalan USJ 9, Subang Jaya, 22 Oktober 2011 (Sabtu).
n Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail, 29 Oktober 2011 (Sabtu).
Untuk maklumat lanjut sila layari laman web www.tv9.com.my
ManaKedai.com - sekiranya anda tinggal di masjid berdekatan.. pergilah dan sekiranya ada anak2 bawak lah sekali... amalan yg sedikit adalah lebih baik dari tiada..

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...