Friday, September 16, 2011

Projek UNDILAH Kini Dilancar, Video & Lagu Penuh Untuk Muat Turun


Ke hadapan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), sila anggap ini sebagai salah satu usaha tanggungjawab sosial korporat dan tolong tolak amaun yang sepatutnya dari cukai kami nanti. Kalau ada.
Pete Teo dan rakan rakan secara rasminya melancarkan kempen khidmat masyarakat mereka yang bertajuk UNDILAH dengan video & lagu penuh.
Mereka juga sudah mempunyai laman web sendiri di UNDILAH.comdi’mana anda boleh memuat turun video & MP3 lagu rasmi projek UNDILAH ini.
Video penuh mereka seperti di’jangka menampilkan nama nama besar di Malaysia termasuk Tengku Razaleigh Hamzah, Nurul Izzah Anwar, Tony Fernandes, Tony Pua, Nik Nazmi & Karamjit Singh.
Antara selebriti yang turut serta pastinya Namewee, Afdlin Shauki,Sharifah Amani, Bront Palarae, Daphne Iking, Wardina Safiyyah, AizatAmdan, Jason Lo & ramai lagi.
Anda boleh saksikan video penuh UNDILAH selepas ini dan jangan lupa, negara ini milik kita, tanggungjawab kita & pergilah mengundi. Terima kasih Aman FirdausEnjoice!


@rotikaya.com

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...