Wednesday, September 21, 2011

Pihak pendakwa pertikai kredibiliti saksi Anwar Ibrahim






KUALA LUMPUR - Pihak pendakwaan dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini semalam mempertikaikan kredibiliti saksi dari Australia, Dr. Brian Leslie McDonald (gambar) kerana didakwa tidak mempunyai kelayakan serta latihan asas dalam analisis DNA.
Malah disebabkan alasan sama, kerap kali berlaku perselisihan pendapat antara Peguam Cara Negara 11, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden dan McDonald sehingga menimbulkan ketidakselesaan kepada saksi tersebut.
Mohd. Yusof ketika memulakan soal balas terhadap McDonald di Mahkamah Tinggi di sini semalam mendakwa sijil yang diperoleh saksi itu pada 1992 sudah lama berikutan bidang DNA hanya mengalami pembangunan besar-besaran pada 2002.
Sebaliknya, McDonald menegaskan kepakaran yang diperolehnya adalah hasil pengalaman selama bertahun-tahun dalam menjalankan penyelidikan dan analisis DNA.
Ditanya bila kali terakhir saksi melakukan analisis DNA, McDonald menjawab, dia melakukan ujian terakhir pada tahun 2004.
"Sekarang saya saintis senior, jadi semua analisis serta ujian DNA dilakukan oleh robot dan saintis lebih muda," katanya.
Selain itu, Mohd. Yusof turut mengemukakan contoh kes di Australia dan Brunei yang menunjukkan keterangan saksi tersebut tidak diterima oleh mahkamah namun dakwa McDonald, keterangan tersebut telah diterima ketika kes tersebut di peringkat rayuan.

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...