
dutch square

melaka at nite

river citizen

chinese sign

mosque

china town

afamosa

st pauls church

boats

christ church

at work

jalan bukit cina

fruit seller

market

wet market

roof of melaka

eastern heritage

parking lot sign

rickshaw

food seller

rickshaw

colourful houses

street in chinatown

neglected houses

orang hutan house

rickshaws

jonker walk

Gambar2 di atas aku ambil dari website @backpackingmalaysia.com . Gambar2 diambil secara santai, bersahaja dan spontan. Melaka sebuah negeri kecil yang mempunyai sejarah silam yang unik.Kesan-kesan sejarah dari zaman kesultanan Melaka dan penjajahan barat masih lagi boleh dilihat dan dirakam kalau kita rajin berjalan dan meletakkan usaha sedikit untuk mengkajinya.
InsyaAllah aku akan sentiasa kemaskinikan gambar2 Melaka dari masa ke semasa tak kisahlah gambar2 dari internet @ gambar2 yg aku ambil sendiri dalam jurnal dan juga aktiviti jalan2 Melaka.
Oleh kerana salah satu sektor penyumbang terbesar pendapatan negeri adalah dari sumber pelancongan jadi tidak hairanlah terdapat banyak hotel2 berbintang 3,4,5 dan juga yang tiada bintang (budget hotel, rumah tumpangan). Di pinggir2 bandar dan kawasan2 kampong terdapat banyak homestay, chalet, resort yang diusahakan oleh penduduk2 tempatan. Anda boleh pilih ikut budget dan kesukaan anda.
Dan bagi yang datang ke Melaka tidak sah kalau tak berkunjung atau singgah di Perkampungan Ikan Bakar Terapong, Umbai - lokasi paling popular, pelbagai jenis masakan dan makanan disediakan dan yang paling lazat untuk dinikmati adalah ikan bakar yang biasanya dimakan bersama nasi lemak.
Yang berminat memancing terdapat 2 kelong popular di sini - kelong abu dan kelong usma. Dalam perjalanan ke sana anda boleh singgah port makan baru - Seri Aman Cafe kedai makan yang berkonsepkan "open air".
Bagi yg telah berada di bumi bertuah Melaka ini dan yg bercadang berkunjung ke sini jangan lupa Hang Tuah Festival yg akan bermula hari ini 23/09 hingga 25/09.
"Selamat Datang Ke Melaka"
lain masa aku sambung lagi ya...
Take Care semua!
No comments:
Post a Comment