Saturday, September 17, 2011

Man. City 'budak baru belajar'



GOL Napoli menerusi Edinson Cavani (kiri) ini gagal disekat pertahanan City, Vincent Kompany pada aksi di Stadium Etihad, Rabu lalu.


LONDON - Pemain tengah Manchester City, Gareth Barry mengakui pasukannya perlu belajar dengan cepat jika mahu memberikan impak dalam saingan Liga Juara- Juara Eropah.
Skuad mewah bimbingan Roberto Mancini bermula dengan hambar pada aksi pembukaan ketika seri 1-1 menentang Napoli, Rabu lalu.
Barry yang menantikan 14 tahun untuk beraksi di pentas Eropah bagaimanapun menamatkan perlawanan itu dengan kecewa apabila dia memberikan bola kepada penyerang Napoli, Edinson Cavani untuk membuka jaringan awal.
Pemain tengah England itu berkata: "Kami akan berusaha untuk meyerap corak dan rentak ketika aksi di Eropah.
"Kami sangat mengetahui (corak) Liga Perdana England namun beraksi di sini ternyata ia amat berbeza.
"Penyokong mengharapkan kemenangan ketika menentang Napoli namun semua itu tidak berjalan seperti apa yang dirancang- kan.
"Saya masih teruja Liga Juara-Juara memberikan satu tekanan yang berbeza jika dibandingkan dengan Liga Europah dan semua orang mengetahuinya.
City yang beraksi di dalam Kumpulan A bakal bertemu dengan gergasi Jerman, Bayern Munich, Selasa ini pada perlawa- nan seterusnya.
Barry menambah: "Sebagai satu pasukan, kita belajar banyak di sini. Ia adalah gaya permainan yang berbeza daripada apa yang kami tampilkan tetapi kami akan buat yang terbaik pada perlawanan sete- rusnya dan kita mempunyai peluang besar untuk layak." - Agensi

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...