Sunday, September 18, 2011

Info Melaka! Bulan madu di padang hijau



KOLAM renang mini sesuai kepada mereka yang inginkan lingkungan privasi.

D’ FARO, D’ Lagos dan D’ Amour kukuh mengekalkan tradisi budaya tanah yang pernah ditakluk armada perang Portugis.
Terletak di daerah Alor Gajah, Melaka, sebanyak 193 penginapan mewah yang didirikan di atas tanah seluas 520 hektar di situ sesuai benar menjadi pilihan pasangan yang enak dibuai cinta. Apatah lagi kesemua pilihan memiliki katalog berbeza sama ada dari segi dekorasi dalaman mahupun luaran.
Namun begitu, pengunjung berkeluarga yang inginkan keselesaan termasuk kolam renang peribadi, mereka boleh memilih rangkaian vila D’ Amour yang mempunyai tiga buah bilik. Jika mahukan lebih ruang untuk melakukan aktiviti, vila D’ Faro dan D’ Lagos tentulah lebih sesuai.
Berbalik kepada vila bulan madu yang hanya terhad buat enam pasangan pada satu-satu masa, keistimewaannya memang di luar jangkaan.



KATIL dengan kelambu dan cadar rona putih ini pasti meninggalkan kenangan indah buat pasangan yang beradu.


Pakej
Melangkah masuk ke ruang garaj kereta, aura Bali sudah menerpa ke sisi. Mana tidaknya, dekorasi sepanjang laluan ke pintu masuk ke vila itu dihiasi pergola kayu berukir yang mencerminkan elemen tanah Jawa itu, ditambah pula dengan sebuah wakaf kecil di hujung kolam renang di tengah laman.
Biarpun kecil, kiri dan kanan wakaf itu terhias cantik dengan pasu berlampu separas pinggang.
Menjengah ke dalam vila, cermin bulat panjang sedepa yang di kelilingnya dihiasi motif flora hitam merah menjadi titik fokal ruang tamu manakala di bawahnya tersedia sofa santai untuk dua orang.
Bertentangan dengan ruang itu pula disediakan satu set sofa bersama meja kopi dan sebuah televisyen skrin leper lengkap dengan siaran pakej penuh Astro.


BERENDAM di dalam jakuzi boleh meredakan tekanan.



Istimewanya bila memandang ke sudut kanan vila, sebuah kamar buat raja sehari beradu menggamit mesra.
Katil kayu berlangsir sutera putih lembut dengan hiasan cermin besar di belakangnya sekadar membuatkan jiwa semakin bergelojak untuk merasa nikmat katil bersaiz King yang empuk itu.
Sebelum melangkah masuk ke ruang beradu, kamar mandi berserta tab mandi besar akan ditemui dahulu.
Bagi yang gemarkan sensasi alunan dan ombakan air sebagai penenang jiwa, sebuah jakuzi peribadi boleh digunakan di luar ruang utama vila iaitu bersebelahan kolam renang.
Ia bukan calang-calang vila kerana sebuah lagi bilik tidur disediakan bersebelahan dapur yang serba lengkap dengan perkakasan.
Menurut Timbalan Pengurus Penginapan A’ Famosa Resort, Raihan Yazid, elemen moden kontemporari menjadi pelengkap di setiap ruang vila bulan madu yang dikelilingi padang golf itu.
“Di vila ini, kami menyediakan rekaan dalaman moden kontemporari yang sesuai dengan semua pengunjung.
“Apa yang menarik, kami juga membekalkan sebuah walk-in closet yang dihiasi dengan hiasan ala Maghribi,” katanya kepada Jurnal.



RUANG menonton yang dihias ringkas masih menonjolkan dengan cat merah garang.


Terkini, pihaknya sedang giat mempromosikan pakej bulan madu serendah RM500 semalaman menerusi J Promo 2 Days 1 Night khas untuk warganegara Malaysia.
“Jika bukan tempoh promosi, harga sebuah vila bulan madu boleh mencecah sehingga RM1,888 untuk satu malam, tapi melalui promosi ini pakej yang disediakan juga termasuk tiket ke Safari dan Cowboy Town,” ujarnya yang menggalakkan tempahan awal bagi mengelakkan kesesakan.
Selain itu, pakej bulan madu 3 hari 2 malam bernilai RM2,800 juga disediakan yang termasuk makan malam romantis, tea cruise, taman tema dan urutan Thailand.

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...