Saturday, September 17, 2011

Hero Filem Lagenda Budak Setan, Farid Kamil Anjurkan Karnival “Zero Rempit”


Seiring dengan populariti yang dikecapi Farid Kamil, 30, dalam filem-filem yang dibintanginya seperti “Remp-it”, dia kini ingin menarik golongan belia supaya tidak terpengaruh dengan gejala merempit yang saban hari menjadi-jadi. Atas kerjasama bersama badan NGO yang berteraskan Islam, Karnival Zero Rempit dianjurkan untuk mendekati dan memahami remaja dan belia zaman sekarang.
Karnival ini akan diadakan pada hari Sabtu ini di Dewan Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan tujuannya adalah untuk mengadakan acara amal supaya pelbagai aktiviti boleh diadakan dan menarik serta memberikan kesedaran kepada golongan belia.
Kami difahamkan sebelum ini, Pulau Pinang masih lagi penuh dengan mat-mat rempit berbanding Kuala Lumpur yang semakin berkurangan semenjak beberapa tahun ini. Namun begitu, Farid Kamil yang juga pelakon utama dalam filem Lagenda Budak Setan ini turut menekankan,
“Dengan penganjuran karnival ini bukan bermakna dapat mengurangkan kadar gejala ini, sebaliknya saya berpendapat setidak-tidaknya dapat mendekati mereka dan memahami apa yang ingin diperkatakan.” dipetik dari akhbar tempatan.
Karnival seumpama ini buat pertama kalinya disertai oleh Farid Kamil dan dia turut mengajak belia-belia agar bermotosikal bersamanya secara aman dengan diiringi polis dan lebih teratur. Dengan cara ini, Farid Kamil berharap agar dia dapat memberikan kesedaran tentang bahaya merempit kepada penunggang motosikal yang lain.
Karnival Zero Rempit ini akan bermula pada jam 8 pagi sehingga 11 malam. Selain acara bermotosikal bersama Farid Kamil, karnival amal ini turut diisi dengan pelbagai pertandingan dan aktiviti lain termasuklah pertandingan motosikal tercantik,  skip bicycle drift, karaoke, Battle of The Band dan banyak lagi.
Jadi, kepada anda yang berada di Pulau Pinang, datanglah beramai-ramai ya!
@beautifulnara.com
NURSERY

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...