Wednesday, September 21, 2011

Hasselhoff sukar yakinkan kekasih kahwin dengannya



Laman Twitter David Hasselhoff yang mendedahkan kekasihnya telah menolak lamaran perkahwinannya.


CAPE TOWN - Pelakon yang membintangi siri televisyen Knight Rider dan Baywatch, David Hasselhoff menghadapi masalah untuk meyakinkan kekasihnya, Hayley Roberts, lapor sebuah akhbar semalam.
Hasselhoff yang berusia 59 tahun terpaksa meminta bantuan para peminatnya di laman Twitter untuk membantunya meyakinkan kekasihnya supaya berkahwin dengannya.
Sebelum ini, kekasihnya itu yang berumur 31 tahun telah menolak dua kali lamaran perkahwinan daripada aktor tersebut.
Hasslehoff turut menyiarkan gambar kekasihnya menolak lamarannya di Cape Town, Afrika Selatan baru-baru ini.
Kini, langkah seterusnya yang dibuat oleh Hasselhoff ialah meminta para peminatnya untuk menghantar idea berhubung cara untuk membuat lamaran romantik yang mungkin boleh menyebabkan kekasihnya menerima lamaran perkahwinannya.
Pada bulan lalu, dua anak perempuan Hasselhoff memberi petunjuk bahawa bapa mereka itu sudah bersedia untuk berkahwin buat kali ketiga. - Agensi
ManaKedai.com - hohoho...

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...