Friday, September 16, 2011

Dahlia Teck: Saya Dituduh Guna Susuk, Diberi Pelbagai Gelaran Kurang Sopan


Masih belum puas dengan drama kisah cinta Khairul Fahmi? Mari kita tambah lagi.
Dahlia Teck baru baru ini ada mengeluarkan kenyataan berkenaan keadaan semasa hubungan beliau & Khairul Fahmi.
Menurut Dahlia Teck, semenjak beliau di’kaitkan sebagai ‘perampas’ dalam episod Khairul Fahmi – Elia Si Jejari Runcing, hidupnya berubah.
Bukan berubah dari segi apa, tetapi Dahlia Teck mendakwa menerima banyak panggilan dari nombor yang tidak di’kenali. Namun bertindak bijak, Dahlia Teck tidak langsung melayan mana mana panggilan yang tidak di’kenali itu.
“Saya digelar dengan pelbagai gelaran kurang sopan dan dituduh menggunakan susuk dan guna-guna untuk memikat (Khairul) Fahmi, sebab itu saya langsung tidak membalas kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan kepada saya,” kata Dahlia Teck.
Dahlia Teck juga berterima kasih kepada peminat & individu yang berusaha membersihkan nama Khairul Fahmi kerana itu lebih penting untuk memastikan moral pemain bola sepak itu sentiasa tinggi ketika beraksi.
Gadis ini turut mengakui beliau & Khairul Fahmi kini dalam proses mengenal hati budi masing masing dan apa yang berlaku membantu merapatkan hubungan mereka. via MyArtis
@rotikaya.com
p/s gambar dan sijil atas tuh aku ambil dari blog yg gelarkan dirinya sbg ahkak puaka, hmm blog yg agak "kahau" utk dikongsikan di sini, tak taw apa puncanya sampai wujud sebuah blog yg agak tidak aman bila membacanya, aku memang suka baca blog2 hiburan tetapi kalau blog bertujuan utk mengaibkan hamba Allah lain tak sesuai untuk dikongsikan. aku lebih suka baca dan kongsi blog yg tulisannya sederhana dan ada info2 yg membina utk dijadikan pengajaran atau iktibar kita semua. nak belajar nih sebenarnya dari pelbagai sumber dari pengalaman sendiri, permerhatian dan jugak pengalaman2 orang lain... dalam isu khairul dan bekas tunangnya biarlah mereka setelkan sendiri dan sebagai orang Islam kita doakan sahaja kebahagiaan mereka ya.. Amin.. 
10 jawapan dari khairul yg lepas di @myartis.com

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...