Wednesday, September 21, 2011

Chong Wei, Lin Dan bertembung lagi



CHONG WEI (kanan) dan Lin Dan memburu gelaran juara pada Terbuka Jepun minggu ini.

TOKYO - Seorang mahu pertahan kejuaraan, manakala seorang lagi mahu membalas dendam. Jelas masing-masing begitu bersungguh-sungguh untuk muncul juara.
Itu antara rencah yang menjadikan Kejohanan Badminton Terbuka Jepun cukup menarik untuk diberikan tumpuan minggu ini apabila juara bertahan, Datuk Lee Chong Wei dan musuh tradisinya, Lin Dan dijangka bertembung untuk sekian kalinya.
Jika prestasi pada Kejohanan Dunia di London baru-baru ini diambil kira, Lin Dan mempunyai peluang cerah untuk membalas dendam kekalahannya dalam tiga set di Tokyo tahun lalu.
Tetapi Chong Wei yang berbekalkan pengalaman menewaskan jaguh China terbabit pada Seluruh England pada Mac lalu, jelas tidak mahu terbawa-bawa dan terkesan dengan keka- lahan terbaharunya itu.
"Tahun ini, Terbuka Jepun menyambut ulang tahun ke-30 penganjurannya.
"Jadi saya tidak menyertai China Masters minggu lalu semata-mata untuk cuba memberikan tumpuan pada kejohanan ini. Saya benar-benar mahu menang dan mempertahankan kejuaraan di sini," kata Chong Wei.
Pemain No. 1 dunia itu bakal memulakan kempen mempertahankan kejuaraan dengan bertemu pemain England, Rajiv Ouseph sebelum menantinya sama ada pemain Hong Kong, Wong Wing-ki atau pemain muda China, Wang Zhengming.
Turut menanti Chong Wei, 28, dalam laluannya bertemu Lin Dan di final adalah Taufik Hidayat dari Indonesia dan Peter Gade (Denmark).
Kesemua pemain bakal menjadikan Terbuka Jepun sebagai usaha permulaan untuk memungut mata bagi melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2012 di London.
Bagi Lin Dan, 27, yang bakal memulakan saingan menentang pemain Korea Selatan, Lee Hyung Il, kekalahannya di separuh akhir China Masters di tangan rakan senegara, Chen Jin tidak perlu dipersoalkan.
"Saya tidak mahu bercakap tentang cara saya bermain," katanya.
Chen Jin kekal sebagai pencabar Lin Dan pada Terbuka Jepun kerana berada dalam laluannya sebelum ke final. Begitu juga juara China Masters, Chen Long. - AFP

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...