Tuesday, September 13, 2011

Chirac didakwa terima wang haram




JACQUES CHIRAC

PARIS - Bekas Presiden Perancis, Jacques Chirac dan bekas Perdana Menteri Perancis, Dominique de Villepin didakwa pernah menerima wang haram lebih AS$20 juta (RM60.62 juta) wang daripada sekumpulan pemimpin Afrika Barat.
Dakwaan itu dibuat oleh peguam Robert Bourgi yang menyatakan dia menyerahkan beg-beg berisi wang di antara tahun 1995 hingga 2005, termasuk wang berjumlah AS$10 juta (RM30.31 juta) daripada pemimpin Senegal, Burkina Faso, Ivory Coast, Gabon dan Republik Congo untuk digunakan dalam kempen pilihan raya presiden pada tahun 2002.
Dalam satu temu ramah dengan radio Europe-1, Bourgi memberitahu semua lapisan politik Perancis tahu tentang wujudnya pembiayaan rahsia tersebut.
Peguam Chirac, Jean Veil menegaskan bahawa anak guamnya akan mengemukakan dakwaan fitnah ke atas Bourgi.
Pada masa yang sama, Bourgi menafikan dakwaannya itu bermotifkan politik.
"Saya bertindak atas kehendak sendiri," kata Bourgi sambil menyatakan memandangkan wang itu diberi secara tunai, maka dia tidak mempunyai sebarang bukti. - AP

Baca seterusnya...

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...