Bagi peminat2 artis tanahair anda boleh baca blog/ website kesayangan anda dgn klik atas nama artis. Mungkin ada yang tak aktif lagi atas sebab2 tertentu dll. Harap info ini berguna utk kawan2/ pengunjung/ pembaca blog ini ya.
Sememangnya matlamat utama portal kami sebenarnya untuk menyebarkan sebanyak info yang kami dapat untuk semua. Kalau ada apa2 cadangan lain email kan kpd kami ya admin@manakedai.com
terima kasih daun keladi
sila datang lagi!
dan jangan lupa mari kita teruskan menyokong usaha2, karya atis2 tempatan kita! kalau kita tak sokong saper lagi nak sokong! dan jangan lupa juga ya klik iklan2 perniagaan2 anak tempatan terutamanya peniaga2 Melaka! sokonglah sesama kita untuk kebaikan bersama!
sumber yang kami cedok dari @artiskini.com (antara blog2 tanahair pilihan kami yang best dan banyak info terkini- sambil membaca blog2 pilihan yg sememangnya hobby kami - kami kongsikan untuk anda semua!)
KUALA LUMPUR: Selepas Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) pula tampil bagi menujukan sokongan terhadap tindakan kerajaan menyekat beberapa laman portal yang menawarkan khidmat muat turun kandungan kreatif secara haram.
Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez berkata, sudah tiba masanya pihak berkuasa mengambil tindakan membanteras laman web haram bagi membantu perkembangan industri seni tanah air.
“Kami mewakili pelbagai pihak dalam industri ini tidak mahu kerajaan menarik balik tindakan yang telah diambil berikutan beberapa bantahan dan ugutan daripada pihak yang tidak berpuas hati terhadap pengharaman itu.
“Kami sudah terlalu lama menunggu tindakan sewajarnya diambil kepada mereka yang tidak bertanggungjawab yang membunuh masa depan industri seni tanah air ini,” ujarnya pada sidang media din sini, Isnin bagi menyokong tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyekat beberapa laman portal muat turun haram.
Baru-baru ini, SKMM telah mengenakan tapisan Internet dan menyekat 10 laman perkongsian fail antarabangsa sehingga menyebabkan beberapa laman web kerajaan dan hiburan digodam.
Tambahnya, usaha ini dapat membantu perkembangan industri hiburan tempatan yang semakin kritikal akibat daripada masalah cetak rompak dan muat turun secara haram ini.
“Industri hiburan kita kecil dan dengan adanya lanun-lanun seperti ini lebih memburukkan lagi keadaan.
“Karya yang dibuat oleh pemuzik tempatan dengan sewenang-wenangnya dicuri oleh lanun-lanun ini, malah jika dilihat secara mata kasar pemuzik-pemuzik tempatan sudah tidak mampu untuk berkarya kerana tidak mendatangkan hasil,” ujarnya.
Kata Freddie, tindakan ini seharusnya bukan sahaja disokong oleh keseluruhan penggiat seni tanah air malah kesedaran kepada masyarakat awam.
Hadir sama, pada majlis tersebut beberapa artis dan pemuzik tanah air seperti Fazli Zainal, Salwa Adbul Rahman, Izwan Pilus dan Aznan Alias.
Klik Umri Homestay!
Klik Umri Homestay!Artis Pelakon
- Aaron Aziz
- Afdlin Shauki
- Ako Mustapha
- Awal Ashaari
- Hans Isaac
- Intan Ladyana
- Julia Ziegler
- Juliana Ibrahim
- Lisa Surihani
- Maya Karin
- Nasha Aziz
- Nirina Zubir
- Patrick Teoh
- Samuel Rizal
- Sharifah Amani
- Umie Aida
Artis Penyanyi
- Adibah Noor
- Agnes Monica
- Amy Mastura
- Anuar Zain
- Anuar Zain 2
- Atilia
- Camelia
- Cheryl Samad
- Chrisye
- Cokelat
- Estranged
- Faizal AF4
- Farah AF
- Farah Asyikin
- Fauziah Latiff
- Fazli Zainal
- Hazami
- Heliza AF5
- Imran Ajmain
- Infinatez
- IZ OIAM2
- Just Anuar Zain
- Karen Kong
- KRU
- Marsha Londoh
- Mawi World
- Mila AF5
- Mohram
- Nikki
- Ning Baizura
- Nitrus
- Nora
- Noraniza Idris
- Noryn Aziz
- Nurul AF2
- OAG
- Pete Teo
- Peterpan
- Pop Shuvit
- Reshmonu
- Ruffedge
- Sean Ghazi
- Shazzy
- Sheila Majid
- Sheila On 7
- Siti Nurhaliza
- Siti Nurhaliza 2
- Slank
- The Muffins
- Too Phat
- VE
- Velvet AF4
- Vince AF1
- Zainal Abidin

No comments:
Post a Comment