
Aku memang suka baca blog2 yg ditulis oleh blogger2 lain di tanahair kita ini. tak kesah lah apa blog janji ianya cerita menarik. kalau aku suka aku akan jengok balik selalu, kalau tak pon aku akan bookmarked dan belek balik bila aku free. ada bloggers yg suka bercerita pasal dirinya sendiri (utk syok2 sendiri..hehe) ie personal blog, perniagaan, minat dan hobi masing2, politik, hiburan, sensasi artis dan pelbagai citer yg meliputi kehidupan manusia. ada jugak blog yg itu adalah kali pertama aku singgah dan itulah jugak kali terakhir aku singgah..huhu..
Blog uncleseekers nih (ramai orang kenal dah.. dah jadik selebriti kan..hehe). blog ni memang popular dah dilawati lebih 3 juta pengunjung. Pada mulanya yang buat blog ini hot adalah kerana tulisan2 penulis berkait dgn hubungan intim beliau dengan bekas Permaisuri Agong Malaysia negara kita nih..hmm... Permaisuri Siti Aishah! banyak perkara yg tak patot dia citer dia citer, so semakin popular lah blog dia nih... hehehe... so dari blog biasa menjadi sebuah blog yg luar biasa! agaknya nak ranking naik cepat dan become fofular kena tulis citer2 sensasi baru jalan kot..?? hehe..agaknya kot..
Ok apa pon kowang boleh baca sendiri nanti dan nilaikanlah sendiri. tulisan penulis ok bukan aku cakap tak ok, blog peribadi kan so penulis boleh tulis apa yg dia suka ikut mood masing2... ok sejak dari citer Permaisuri Aishah yang sensasi itu aku terus gagah ikuti penulisan blog ini. Ya memang tidak dinafikan bahawa penulis blog ini adalah anak seorang yang agak tersohor di kalangan orang2 kenamaan negara kita.

Blog ayah penulis ada di sini! Orang nya bernama besar jugak di negara kita!
Yang buat aku tertarik nak baca dan kekadang nak baca lagi dari masa ke semasa adalah tulisan2 beliau mengenai kedatangan mimpi2 unik beliau yang menyentuh kehidupan peribadi nama2 besar negara dan selebriti utama. Entahlah nama pon mimpi kan... kita tidak menafikan wujudnya mimpi dan alam ghaib dan misteri. Inilah kehidupan dan rahsia2 nya... mimpi2 beliau agak pelik!
Kepelikan mimpi dengan ramalan2 mimpi2 yang beliau buat aku secara peribadi ingin kategorikan beliau penulis nih seorang yg agak unik- mimpi yang unik- ramalan2 yang unik! so tanpa buang masa anda boleh terus ke blog uncleseekers ini dan bacalah sendiri... hmm ada jugak yang menghentam penulis dengan pelbagai julukan dan hanya ingin mencipta nama dan di kenali..wallahualam.. aku tidak mengenal penulis secara peribadi so aku tak boleh nak komen apa2... lain orang lain pandangan kan... aku just mengenali beliau dalam penulisan2 yang beliau persembahkan dalam blog beliau.. so aku hanya boleh beri pendapat sedikit tentang penulisan beliau itu..
Secara peribadi tulisan penulis nih ok lah bagi orang2 yang agak simpel dan jenis tak nak dan malas nak angkat port hal orang2 lain, cuma nak amik tahu jer (jenis mcm aku lah nih...hohoho) tapi bagi sesetengah orang yang agak keras dan sensitif mungkin tak dapat menerima tulisan2 beliau. so kalian tepok dada kalian dan kalian tanyalah dada itu..hehehe..!
ok lah aku masukkan sedikit ramalan2 mimpi beliau di sini..yg lain2 boleh baca sendiri nanti...
Ramalan Mimpiku – Part 7A
...Yang ghaib hanyalah kepunyaan Allah...
Salam semua, Ada 4 mimpi pelik, smlm (26/7 - sekitar 10 mlm sampai 11.30malam) dan baru sebentar tadi (27/7 - tidur sekitar 8 pagi sampai 2 petang). Hari ini aku cuma nak story mimpi semalam.
Yang pertama pasal Siti Nurhaliza dan yang kedua pasal semua haiwan yang disebut dalam AlQuran, ketiga pasal Mahaguru Omar Din (Part 7B) dan keempat pasal 4 orang pemimpin parti pembangkang yang akan... (Part 7C). Kenapa sampai 4? Entahlah mungkin ada kaitan dan mungkin tidak. Yang penting saya sampaikan. Pasni saya mohon padaNYA taknak mimpi buat sementara waktu…
Mimpi yang pertama - Siti Nurhaliza

"Atau Dia menjodohkan mereka, lelaki dan perempuan; dan Dia membuat siapa Dia mengkehendaki mandul. Sesungguhnya Dia Mengetahui, Berkuasa". Surah ASY-SYURA (Perundingan) ayat 50
Ramalan Mimpiku – Part 12
...Yang ghaib hanyalah kepunyaan Allah...
Homoseksual?
Kamu mendatangi lelaki-lelaki dengan hawa nafsu, bukan perempuan; tidak, kamulah kaum yang membazir (berlebihan)." Surah Al-‘Araf (Benteng) ayat 81)Salam Raya kalau masih belum terlewat. Hari ini aku bangun pukul 1.08 petang. Mimpi pagi ini agak unik sedikit iaitu tentang golonganhomoseksual di Malaysia!

Sebenarnya terdapat 12 lagi individu yang popular yang suka dengan amalan songsang ini muncul dalam mimpiku tetapi biarlah ia menjadi rahsia.
Kalau ramalan mimpi ini benar-benar terjadi sekalipun, anggaplah ianya secara kebetulan. Yang pandai mentafsirkan mimpi hanyalah Nabi Yusuf.
Ramalan Mimpiku – Part 9
...Yang ghaib hanyalah kepunyaan Allah...

Selesaikan dengan segera 5 syarat ini dahulu (klik)
Isteri Perdana Menteri Malaysia yang pertama memakai tudung


Kesimpulan menjadi Perdana Menteri Malaysia
1. Isteri - Tidak ganggu urusan suami. (sikit2 manja tu biasalah sebagai seorang wanita. Isteri Perdana Menterilah katakan..he he). Beliau akan disayangi rakyat kerana sifat semulajadinya cuma beliau ni lebih suka buat hal sendiri.
2. Keluarga - Tidak bawa banyak masalah (Anak lelakinya tidak akan menurut jejak langkah ayahnya dan anak-anak perempuannya buat hal masing-masing (menyanyi dan main internet). Habis kuat pun berlagak sikit jer sebab ayah mereka Perdana Menteri)
3. Politik - Stabil tapi agak tegas namun banyak tolak ansur untuk kata sepakat.
4. Ekonomi - Bertambah baik dan bawah sikit saja dari ekonomi semasa Mahathir jadi PM (Ada beberapa penasihat ekonomi yang terbaik)
5. Peribadi - Agak sombong (Wajib diperbaiki!)
6. Kroni - Berkuasa dan Kaya raya (Biasalah, kalau korang jadi PM sekalipun mesti korang dulukan kengkawan)
7. Agama - Sederhana
8. Hubungan Luar Negara - Sederhana
7. Kelemahan
a. Ada tangan ghaib yang menguasainya tapi selepas beberapa ketika dia terputus sendiri kerana masa sudah sampai...
b. Bangsa asing mendapat tempat tertinggi dalam pemerintahan. Beliau terpaksa berbuat demikian kerana kesilapan pemimpin yang lalu.
c. Kalau silap percaturan, mungkin beliau adalah Perdana Menteri dari Umno yang pertama atau yang kedua terakhir kerana parti lain pula akan mengambil kerusi Perdana Menteri Malaysia.
d. Nasibnya juga akan seperti Perdana Menteri yang lain. Akan didesak supaya meletakkan jawatan kerana KRONI nya yang 'MELAMPUI BATAS'
2. Keluarga - Tidak bawa banyak masalah (Anak lelakinya tidak akan menurut jejak langkah ayahnya dan anak-anak perempuannya buat hal masing-masing (menyanyi dan main internet). Habis kuat pun berlagak sikit jer sebab ayah mereka Perdana Menteri)
3. Politik - Stabil tapi agak tegas namun banyak tolak ansur untuk kata sepakat.
4. Ekonomi - Bertambah baik dan bawah sikit saja dari ekonomi semasa Mahathir jadi PM (Ada beberapa penasihat ekonomi yang terbaik)
5. Peribadi - Agak sombong (Wajib diperbaiki!)
6. Kroni - Berkuasa dan Kaya raya (Biasalah, kalau korang jadi PM sekalipun mesti korang dulukan kengkawan)
7. Agama - Sederhana
8. Hubungan Luar Negara - Sederhana
7. Kelemahan
a. Ada tangan ghaib yang menguasainya tapi selepas beberapa ketika dia terputus sendiri kerana masa sudah sampai...
b. Bangsa asing mendapat tempat tertinggi dalam pemerintahan. Beliau terpaksa berbuat demikian kerana kesilapan pemimpin yang lalu.
c. Kalau silap percaturan, mungkin beliau adalah Perdana Menteri dari Umno yang pertama atau yang kedua terakhir kerana parti lain pula akan mengambil kerusi Perdana Menteri Malaysia.
d. Nasibnya juga akan seperti Perdana Menteri yang lain. Akan didesak supaya meletakkan jawatan kerana KRONI nya yang 'MELAMPUI BATAS'
Nasihat dari saya sebagai rakyat biasa mohon Abang Din kurangkan bercakap lebihkan kerja dan saya ulang sekali lagi, selesaikan dengan segera 5 syarat ini dahulu (klik)
Kalau ramalan mimpi ini benar-benar terjadi sekalipun, anggaplah ianya secara kebetulan. Yang pandai mentafsirkan mimpi hanyalah Nabi Yusuf.
Ramalan Mimpiku – Part 13
...Yang ghaib hanyalah kepunyaan Allah...
Najib Akan Menceraikan Rosmah?
Kalau isteri pertama Najib (Tengku Puteri Zainah) diceraikan pada April 1987 (ketika itu najib memegang jawatan Menteri Belia Dan Sukan), dalam mimpi aku pagi tadi juga memberi gambaran yang mirip bahawa Najib juga akan menceraikan Rosmah pada bulan....

''Kalau saya bukan status sebegini dah lama saya ceraikan Rosmah"
Wahai orang-orang yang percaya, di kalangan isteri-isteri kamu dan anak-anak kamuadalah musuh bagi kamu; maka berhati-hatilah terhadap mereka. Tetapi jika kamu memaafkan, dan mengenepikan, dan jika kamu mengampunkan, maka sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
Surah AT-TAGHABUN (Tipu Menipu) ayat 14
Wahai orang-orang yang percaya, di kalangan isteri-isteri kamu dan anak-anak kamuadalah musuh bagi kamu; maka berhati-hatilah terhadap mereka. Tetapi jika kamu memaafkan, dan mengenepikan, dan jika kamu mengampunkan, maka sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
Surah AT-TAGHABUN (Tipu Menipu) ayat 14


Firaun yang paling berkuasa dan terhebat kezalimannya pun akhirnya kecundang juga..

Kezaliman yang pernah Rosmah lakukan pada zuriat Ku Yie mungkin mereka boleh maafkan tapi mereka tak akan lupakan sampai bila-bila. (to forgive not to forget)


"Mungkin, jika dia menceraikan kamu, Pemeliharanya akan menukarkandengan isteri-isteri yang lebih baik daripada kamu, yang muslim, yang mukmin, yang patuh, yang bertaubat, yang warak (beribadat), yang berpergian, yang janda, dan yang dara."
Surah AT-TAHRIM(Mengharamkan) ayat 5
dan selain itu tulisan dibawah nih aku suka..
Syaitan Dari Golongan Jin Dan Manusia
Musuh Bagi Tiap-Tiap Nabi
Surah AL-AN'AM (Binatang Ternak) ayat 112
"Kami mengadakan bagi tiap-tiap Nabi suatu musuh, syaitan-syaitandaripada manusia dan jin, yang mewahyukan ucapan palsu yang indah-indah kepada satu sama lain, untuk menipu; dan sekiranya Pemelihara kamu menghendaki, tentu mereka tidak membuatnya. Maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka mengada-adakan."
Musuh Bagi Manusia
Surah FATHIR (Pemula) ayat 6 & Surah AL-BAQARAH (Lembu) ayat 208
"Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kamu; maka ambillah ia sebagai musuh. Ia menyeru golongannya hanya supaya mereka menjadi di kalangan orang-orang Menyala."
"musuh yang nyata bagi kamu"
16 perbuatan syaitan yang terdapat dalam Quran

1. CADANGAN JAHAT
(Surah AL-MUKMINUN (Orang-Orang Mukmin) ayat 97)
"Wahai Pemeliharaku, aku berlindung pada Engkau daripadacadangan-cadangan jahat syaitan-syaitan

2. Menyucuk Orang Tidak Percaya
Surah MARIAM ayat 83
"Tidakkah kamu melihat bagaimana Kami mengutus syaitan-syaitan terhadap orang-orang yang tidak percaya (kepada ayat-ayat Allah)untuk menyucuk mereka, dengan cucukan?"

3. Menyuruh Pada Kesumbangan Dan Mungkar
Surah AN-NUR (Cahaya) ayat 21
"sesungguhnya ia (syaitan) menyuruh pada kesumbangan dan mungkar,"

4. Menyebabkan Permusuhan Dan Kebencian
Surah AL-MAIDAH (Meja Hidangan) ayat 91
"Syaitan hanya menghendaki untuk menyebabkan permusuhan dan kebencian antara kamu dalam arak dan judi."

5. Menghasut Dan Memanjangkan Angan-Angan
Surah MUHAMMAD ayat 25
"Orang-orang yang kembali (murtad) ke belakang mereka setelah petunjuk menjadi jelas bagi mereka, syaitanlah yang menghasut mereka, dan memanjangkan angan-angan mereka."

6. Provokasi Surah AL-A'RAF (Benteng) ayat 200 dan Surah BANI ISRAIL ayat 53
"Jika suatu provokasi daripada syaitan memprovokasikan kamu, berlindunglah pada Allah; sesungguhnya Dia Mendengar, Mengetahui."

7. Makanan Dan Minuman Surah AL-BAQARAH (Lembu) ayat 168 dan Surah AL-MAIDAH (Meja Hidangan) ayat 90
"Wahai manusia, makanlah apa yang di bumi, yang halal dan baik, dan janganlah mengikuti langkah-langkah syaitan; ia adalah musuh yang nyata bagi kamu."

8. Riba
Surah AL-BAQARAH (Lembu) ayat 275
"Orang-orang yang memakan riba tidak akan berdiri lagi, melainkan semasa dia berdiri, dia ditundukkan dengan sentuhan syaitan,"

9. Pembicaraan Rahsia
Surah AL-MUJADILAH (Yang Berdebat) ayat 10
"Pembicaraan rahsia adalah daripada syaitan, supaya orang-orang yang percaya bersedih; tetapi ia tidak memudaratkan mereka sedikit pun, kecuali dengan izin Allah, dan kepada Allah hendaklah orang-orang mukmin mempercayakan (tawakal)."

10. Mengubah Ciptaan Allah
Surah AN-NISA'(Perempuan) ayat 119
"Dan sungguh, aku akan menyesatkan mereka, dan memenuhi mereka dengan khayalan, dan aku akan menyuruh mereka dan mereka akan memotong telinga binatang ternak; aku akan menyuruh mereka dan mereka akan mengubahi ciptaan Allah,"

11. Mengajar Sihir
Surah AL-BAQARAH (Lembu) ayat 102
"Dan mereka mengikuti apa yang syaitan-syaitan membacakan semasa kerajaan Sulaiman. Sulaiman bukan tidak percaya (kafir) tetapi syaitan-syaitanlah yang tidak percaya, dengan mengajar manusia sihir,"

12. Peperangan
Surah ALI IMRAN (Keluarga Imran) ayat 155
"Orang-orang antara kamu yang berpaling pada hari dua kumpulan bertemu, syaitan menggelincirkan mereka kerana sebahagian apa yang mereka mengusahakan,"
Surah ALI IMRAN (Keluarga Imran) ayat 175
"Itu adalah syaitan yang menakut-nakutkan wali-walinya (sahabat-sahabatnya), maka janganlah takut pada mereka, tetapi kamu takutilah Aku, jika kamu orang-orang mukmin."
Surah AL-ANFAL (Rampasan Perang) ayat 48
"Dan apabila syaitan menampakkan amalan-amalan mereka indah bagi mereka, dan berkata, 'Pada hari ini, tiada manusia akan menang terhadap kamu kerana aku jiran kamu.' Tetapi apabila kedua-dua pasukan berlihat-lihatan, ia berundur di atas tumit-tumitnya, dengan berkata, 'Aku berlepas diri daripada kamu, kerana aku melihat apa yang kamu tidak melihat. Aku takut kepada Allah; dan Allah keras dalam pembalasan sewajarnya.'"

13. Janji
Surah AL-BAQARAH (Lembu) ayat 268
"Syaitan menjanjikan kamu kemiskinan (dalam memberi nafkah), dan menyuruh kamu pada kesumbangan, tetapi Allah menjanjikan kamu keampunan-Nya dan pemberian-Nya; dan Allah Merangkumi, Mengetahui."
Surah AN-NISA' (Perempuan) ayat 120
"Ia menjanjikan mereka, dan memenuhi mereka dengan khayalan, tetapi tiadalah yangsyaitan menjanjikan mereka melainkan tipuan."
Surah IBRAHIM ayat 22.
"Dan syaitan berkata, apabila perkara telah diputuskan, 'Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu satu janji yang benar; dan aku menjanjikan kamu, kemudian aku memungkiri kamu, kerana aku tidak ada kuasa terhadap kamu, melainkan aku menyeru kamu, dan kamu menyahuti aku.'

14. Nampak Indah
Surah AL-AN'AM (Binatang Ternak) ayat 43
"Kalaulah, apabila bencana Kami datang kepada mereka, mereka merendahkan diri! Tetapi hati mereka keras, dan syaitan menampakkan indah bagi mereka apa yang mereka buat."
Surah AN-NAHL (Lebah) ayat 63
"Demi Allah, sesungguhnya Kami telah mengutus kepada umat-umat yang sebelum kamu, tetapi syaitan menampakkan indah bagi mereka amalan-amalan mereka; ia adalah wali (pelindung) mereka pada hari ini, dan bagi mereka, azab yang pedih."

15. Sangka Dapat Petunjuk
Surah AL-A'RAF (Benteng) ayat 30
"Segolongan Dia memberi petunjuk, dan segolongan wajar dengan kesesatan; mereka mengambil syaitan-syaitan sebagai wali-wali (sahabat-sahabat), selain daripada Allah, dan mereka menyangka bahawa mereka mendapat petunjuk."
Surah AZ-ZUKHRUF (Perhiasan) ayat 36-37
"Sesiapa yang membutakan diri daripada Peringatan Yang Pemurah, kepadanya Kami menentukan syaitan untuk menjadi teman yang dipercayai, Dan mereka menghalangi mereka daripada jalan, dan mereka menyangka bahawa mereka mendapat petunjuk."

16. Lupa
Surah AL-AN'AM (Binatang Ternak) ayat 68
"Apabila kamu melihat orang-orang yang terjun pada ayat-ayat Kami, berpalinglah daripada mereka sehingga mereka terjun pada hadis (pembicaraan) yang lain; dan, jika syaitan menjadikan kamu lupa, janganlah duduk setelah teringat bersama kaum yang zalim."
"Wahai Pemeliharaku, aku berlindung pada Engkau daripada cadangan-cadangan jahat syaitan-syaitan, Dan aku berlindung pada Engkau, wahai Pemeliharaku, daripada mereka hadir padaku."
sumber: http://uncleseekers.blogspot.com
ManaKedai.com - ok lah..kowang bacalah sendiri dan nilaikan sendiri. nak percaya..percayalah tak nak tak per lah.. aku just baca memang kalau tak membaca satu hari raser lain..dah minat dan hobi aku sampai kan ada seorang kenalan aku cadangkan pada aku lebih baik baca bahan2 yg lebih berfaedah - kitab2 agama, hadith, terjemahan Al-Quran dll yang lebih elok..hmm..hehehe memang betol cadangan kawan aku tuh insyaAllah aku akan turuti nasihat baek dari beliau tuh.. sekarang nih pon memang aku suka baca bahan2 agama.. semakin aku baca semakin aku sayang pada agama ini! sebab tuh insyaAllah aku akan masukkan bahan2 bacaan keagamaan yang aku baca dalam blog aku nih... selain memupuk kasih sayang pada diri sendiri terhadap agama suci ini lebih elok berkongsi dengan yang lain..insyaAllah...
Kalian bacalah dengan penuh berhemah!
Dan bagi yang tengah cari homestay di Melaka boleh singgah info ini sekejap! Sebarkan ya.. terima kasih

susur sungai melaka...

eyes of malacca...
No comments:
Post a Comment