Friday, September 23, 2011

Beyonce bangga tampil diri hamil



BEYONCE menghadiri majlis pelancaran minyak wangi Beyonce Pulse di Penthouse, Drean Downtown, New York kelmarin.

LONDON - Penyanyi terkenal, Beyonce bangga untuk menunjukkan bentuk tubuhnya yang sedang hamil, lapor sebuah akhbar semalam.
Beyonce kini hamil anak hasil perkahwinannya dengan penyanyi Jay Z.
Menurut Beyonce, sukar untuknya untuk menyembunyikan kehamilannya.
Dia yang berusia 30 tahun berkahwin dengan Jay Z pada tahun 2008.
Beyonce berkata, dia mengalami kehidupan yang menyeronokkan seperti membeli-belah semasa hamil.
"Ia hebat," katanya kepada stesen penyiaran CNN.
Dia menghadiri majlis pelancaran minyak wangi Beyonce Pulse di Penthouse, Dream Downtown di New York kelmarin. - Agensi

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...