Friday, September 9, 2011

Bachchan berlakon bersama DiCaprio



AMITABH BACHCHAN

MUMBAI - Seorang pelakon Bollywood, Amitabh Bachchan akan membuat kemunculan dalam filem Hollywood pertamanya bersama aktor Leonardo DiCaprio menerusi adaptasi novel klasik, The Great Gatsby, kata studio perfileman Warner Bros. Pictures.
Bachchan yang berusia 68 tahun itu yang melonjak popular dalam tahun 1970-an, akan berganding dengan DiCaprio, Tobey Maguire dan Carey Mulligan dalam filem arahan pengarah filem, Baz Luhrmann.
Studio Warner Bros. Pictures dalam satu kenyataan menyatakan bahawa penggambaran filem itu sudah bermula pada minggu ini.
Menurut kenyataan itu, Bachchan akan berlakon sebagai Meyer Wolfsheim, seorang ketua sindiket jenayah terancang yang membantu watak utama, Jay Gatsby menjadi kaya raya.
Bachchan berada di Australia yang merupakan lokasi penggambaran filem itu. - AFP

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...