Sunday, September 18, 2011

Babak Zizan hina Rasul dalam Filem Hantu Bonceng


SEPERTI sudah menjadi trend untuk mempromosikan filem terbaru di pawagam oleh penerbit-penerbit filem tanah air.

Bila keluar filem baru, pasti ada saja perkara sensasi yang muncul atau cuba ditimbulkan agar filem tersebut mendapat perhatian atau melariskannya.

Sifirnya mudah, bila ada isu yang menjadi kontroversi, maka orang ramai akan berpusu-pusu ke pawagam menyaksikan filem tersebut kerana ingin tahu apa yang kontroversi sangat tu?

Tapi dalam filem Hantu Bonceng lakonan pelawak terkenal, Zizan atau lebih dikenali dengan nama Zizan Raja Lawak, salah satu babak yang menjadi kontroversi di dalam filem terbaru lakonannya ini bukanlah taktik promosi, tapi ReJaM© rasa memang betul-betul menghina Islam.




Salah satu babak yang dilakonkan secara jelas menghina Rasulullah SAW apabila Zizan menyebut "Ashaduanna Muhammadar Syaitan" yang membawa maksud "Aku naik saksi bahawa Muhammad itu Syaitan"

Sama ada terlepas pandang, tidak faham, atau sengaja cetuskan kontroversi untuk melariskan filem tidak dapat dipastikan. Apa yang jelas, kita bimbang jika ia menjadi ikutan anak-anak muda.

Berhati-hati, perbuatan, niat, dan lafaz boleh menyebabkan gugur shahadah dan terkeluar daripada Islam.

ReJaM© "Apa pun terpulang kepada anda untuk menilai..."

source: http://milosuam.blogspot.com/2011/09/babak-zizan-hina-rasul-dalam-filem.html#ixzz1YJ1Tp8MN


ManaKedai.com- harap kita semua sentiasa berwaspada dan berhati2... tak kisahlah apa bidang kita ceburi cintailah agama suci kita! kalau tersilap tak per jangan diulangi lagi, kekadang teguran org lain adalah baik! mungkin zizan tak perasan dan kurang berhati2... harap perkara ini tidak berulang! 

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...