Tuesday, August 2, 2011

Westlife dirindui peminat

Kumpulan Westlife pernah beberapa kali datang ke Malaysia. Malah semasa bergelar artis baru pada tahun 1999, kumpulan anak muda dari Ireland itu dibawa ke Malaysia. Sekembalinya mereka daripada Asia Tour pada masa itu, mereka menjadi nama popular.
Tanggal 7 Oktober ini mereka akan datang lagi untuk siri jelajah sempena kelahiran album kesebelas mereka, Gravity. Gravity Tour 2011 akan diadakan di Stadium Putra, Bukit Jalil.

BANYAK LAGU JADI SIULAN PEMINAT.
Westlife sudah bebeapa kali mengadakan persembahan dan konsert di Malaysia. Mereka sentiasa memilih Kuala Lumpur sebagai salah sebuah destinasi apabila merangka road tour kerana ada kenangan indah mereka yang tersendiri melihat sambutan peminat terhadap mereka.

Peminat Westlife sudah boleh mendapatkan tiket secara online di www.ticketpro.com.my atau www.airasiaredtix.com. Tiket juga boleh dibeli di Victoria Music, Guitar Store dan Rock Corner dengan harga RM355, RM255, RM155 dan  RM95.
Untuk pertanyaan boleh hubungi  hotline: 03-78807999 (ticketpro)  atau 03-87754666 (AirAsiaRedTix). Konsert itu dibawakan oleh JS Concerts dengan kerjasama Midas Promotions. Hotel Hilton KL sebagai hotel rasmi.
Sementara itu persembahan mereka sempena tour yang sama di Stadium Keepmoat, Doncaster, England malam minggu lalu  meninggalkan kesan mendalam kepada peminat, lapor media-media di sana. Walaupun bermula lewat gara-gara ada anggota terlewat tiba, persembahan mereka menghiburkan peminat setia.
"Kami akan memberikan persembahan terbaik kepada anda sepanjang sejam setengah ini," kata Mark Feehily kepada penonton. Dialah yang dikatakan anggota lewat tiba di stadium hari itu.
Shane Filan dan Feehily menjadi penyanyi utama untuk lagu-lagu berhantu mereka antaranya A World Of Our Own, Flying Without Wings, You Raise Me Up, What About Now dan  Uptown Girl. Nicky Byrne dan Kian Egan juga turut mengepalai beberapa buah lagu.

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...