Sunday, August 7, 2011

Ugut jiran dengan ular sawa batik



JAGETHISWARAN menunjukkan tempat ular sawa itu ditinggalkan di depan rumahnya di PPR Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Tindakan seorang pemuda meletakkan seekor ular sawa batik dalam guni di hadapan rumah jirannya dengan niat menakut-nakutkan mangsa menjerat dirinya sendiri apabila dia ditangkap di flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Tun Razak, Cheras di sini semalam.
Kejadian itu berlaku pukul 9.40 malam apabila suspek yang bekerja sebagai buruh am berusia 22 tahun membawa satu karung guni berisi ular sawa sepanjang 2.4 meter.
Namun ketika di hadapan rumah mangsa di tingkat lapan flat itu, dia mengalami kesukaran melepaskan ular itu untuk masuk ke dalam rumah sehingga disedari anak lelaki mangsa yang kemudian mengejar suspek dan menangkapnya.
Pemilik rumah, V. Rajoo, 51, mengenali suspek dan yakin dia bertindak demikian kerana tidak berpuas hati dengan dirinya selaku Ketua Biro Keselamatan dan Pengaduan Awam yang sering terlibat dalam kegiatan pencegahan jenayah di kawasan berkenaan.



No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...