Sunday, August 14, 2011

Tenaga muda taruhan United



CLEVERLEY (kanan) antara pemain muda yang dilihat semakin menyerlah dalam skuad United musim ini.


LONDON – Pengurus Manchester United, Alex Ferguson yakin generasi baharu dalam pasukannya akan membuktikan pelaburannya berbaloi untuk saingan musim Liga Perdana England musim baharu ini.
United memulakan kempen untuk mempertahankan kejuaraan liga dengan menentang West Brom Albion malam ini.
Ferguson yang telah banyak melihat perubahan besar dalam skuadnya sejak 15 tahun yang lalu percaya pasukannya bakal menghadapi enam pesaing dalam merebut gelaran juara liga.
Walaupun sebelum ini dia berhasrat untuk mendapatkan khidmat bintang Belanda dan Inter Milan, Ferguson tetapi keutamaannya tetap terarah mencari dan membentuk pemain muda yang dianggapnya sebagai aset kepada United.
“Kami mempunyai (Darren) Fletcher yang akan kembali cergas selepas pulih sepenuhnya daripada kecederaan. Kami juga mempunyai pemain muda, Paul Pogba yang telah membuktikan kehebatannya. Kami agak positif dengan perkembangannya sekarang.
“Apabila anda berhasrat untuk menggantikan pemain (lain dari kelab United), saya tidak mempunyai niat sedemikian kerana terdapat ramai pemain muda di sini yang mampu mengisi tempat itu dengan baik dan mereka mampu mengugat posisi senior mereka.
“Jika mereka (pemain muda) mempunyai kualiti dan kebolehan seperti itu, biarkan mereka beraksi,” katanya.
Sementara itu, pertahanan United, Patrice Evre dijangka tidak dapat diturunkan pada aksi pembukaan malam ini akibat kecederaan kaki, manakala Fletcher dan Antonio Valencia yang pulih dari serangan virus sekadar menjadi pemain simpanan.
Penyerang sensasi yang meledakkan 20 gol untuk United musim lalu, Javier ‘Chicharito’ Hernandez direhatkan selama 10 hari akibat mengalami kece- deraan gegaran otak. – Agensi

Kedai Photostate Murah Di Ayer Keroh!

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...