Monday, August 15, 2011

Super Kejam! 2 beradik dibunuh kejam dituduh mencuri bulan puasa!

Bagi yang lemah semangat atau lemah hati JANGAN SESEKALI LIHAT VIDEO INI!


Allah Hu Akhbar!! 7x
Aku betol2 terperanjat dengan video yang aku lihat malam ini. kejadian berlaku di sebuah perkampungan di Pakistan yang mana kedua beradik ini telah dibunuh kejam oleh penduduk setempat setelah dituduh mencuri. Tak sanggup aku nak tengok video ini. Memang sadis dan terlalu kejam,membuatkan aku ingin menangis melihat kekejaman yang dilakukan oleh sesama manusia.

Mengapa perkara sebegini berlaku? di sebuah negara Islam? berlaku di bulan yang mulia lagi? Bulan Ramadhan! Allah Hu Akhbar 7x...

Tidak ada undang2 ker di sana? Sayu hati aku melihat kedua beradik dipukul tanpa belas kasihan dengan menggunakan kayu, batang besi, sepak terajang! Paling memedihkan hati aku di saat mereka diseret dengan lori dan digantung di sebuah banggunan. Orang ramai hanya menyaksikan sahaja seperti melihat pertunjukan sarkas. Allah Hu Akhbar! 7x...

Marilah kita semua rakyat Malaysia amnya dan orang2 Melaka khususnya mendoakan moga kedua arwah diberi pengampunan dan diletakkan bersama2 dengan orang yang beriman dan soleh! Moga kedua ibu bapa arwah redha dengan pemergian mereka..AL-FATIHAH- AMIN!

Pemaparan video ini bukan disengajakan untuk mendapatkan hits/ traffiks! Aku hanya ingin berkongsi kpd pembaca semua sebuah rentetan peristiwa yang berlaku dalam sebuah negara Islam! Sedara SeIslam kita diperlakukan demikian! Allah Hu Akhbar 7x..

Kita sepatutnya bersyukur kepada Allah SWT dengan keamanan yang diberikan olehNYA ke atas negara kita. Rakyat negara kita masih lagi menghormati undang2 negara... dan marilah kita semua berdoa moga negara kita kekal aman damai sentosa sentiasa..Amin

Jadikanlah iktibar dari peristiwa ini!

Bagi yang lemah semangat atau lemah hati JANGAN SESEKALI LIHAT VIDEO INI! harap maklum

ALLAH HU AKHBAR! 7X...


No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...