Tuesday, August 16, 2011

Pengawal keselamatan didakwa bunuh Timbalan Pengarah Veterinar


 
IPOH: Seorang pengawal keselamatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas tuduhan membunuh Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Perak, di sebuah pangsapuri di Ulu Kinta, 3 Ogos lalu.

Syahmie Hassan, 20, hanya mengangguk tanda faham terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Nurul Akmal Mustafa Kamal.

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan daripada tertuduh direkodkan.

Mengikut pertuduhan, Syahmie didakwa membunuh Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Perak Dr Rohani Kasim, 38, di sebuah pangsapuri beralamat Blok F, Tingkat 1, Unit 9, Persiaran Lembah Perpaduan, Permai Lake View di Ulu Kinta antara 6 petang dan 7.30 malam pada 3 Ogos lalu.



Bagi kesalahan itu, pengawal keselamatan terbabit didakwa mengikut Seksyen 
302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.


Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Nor Abdurrahim
manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - Bernama


Syarikat kami pembekal pengawal keselamatan bagi seluruh negara! Hubungi Kami Hari Ini!




No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...