BEESTON, Britain - Seorang pelajar, Rhiannon Brooksbank-Jones kini boleh bertutur dalam bahasa Korea seperti biasa setelah dia menjalani pembedahan untuk memanjangkan lidahnya, lapor sebuah akhbar semalam.
Rhiannon, 19, dari sini berharap akan tinggal di Korea selepas menamatkan pengajian di universiti.
Namun dia mendapati dirinya sukar untuk menyebut beberapa perkataan.
Doktor giginya memberitahu, remaja itu memiliki lidah lebih pendek daripada biasa sehingga menyebabkan dia tidak mampu menyebut perkataan L semasa bertutur dalam bahasa Korea.
Pakar-pakar bedah kemudian melakukan pembedahan untuk memanjangkan lidahnya.
"Pembedahan merupakan satu-satunya pilihan.
"Sebutan saya memang pelik sebelum ini dan kini saya boleh bercakap dengan loghat Korea," jelasnya.
Kini Rhiannon sedang menunggu keputusan A-Level dan berharap dapat melanjutkan pelajaran bahasa Korea di universiti. - Agensi
No comments:
Post a Comment