Monday, August 22, 2011

Otak Sihat – Kanak Perlu Berasa Disayangi


Kanak-Kanak Perlu Berasa Di Sayangi Supaya Otak Sihat
PUTRAJAYA – Kanak-kanak perlu berasa disayangi dan dikelilingi dengan suasana yang merangsangkan untuk tempoh tiga tahun pertama hidup mereka bagi membina otak yang sihat.
Timbalan Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan, Dr. Zainal Ariffin Omar berkata, kanak-kanak yang tidak menerima layanan yang sewajarnya seperti itu pada usia awal berkemungkinan mengalami perkembangan otak suboptimum.
“Kanak-kanak yang tidak menerima layanan seperti itu akan mudah terdedah kepada stres yang akan menjejaskan perkembangan sistem saraf dan imun mereka.
“Ia juga akan meningkatkan risiko masalah kesihatan mereka apabila dewasa seperti ketagihan arak, kemurungan, penyalahgunaan dadah atau lain-lain penyakit kronik,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Kongres Antarabangsa Perundangan Perubatan 2011 Dera dan Abai Kanak-Kanak di sini hari ini.
Dalam pada itu, Zainal Ariffin berkata, kajian kesihatan juga menunjukkan bahawa mereka yang pernah menjadi mangsa dera akan mendera anak sendiri atau pasangan mereka pada kemudian hari.
Justeru, kata beliau, Kementerian Kesihatan telah mengambil pelbagai langkah untuk mengatasi gejala itu termasuk melalui penubuhan Pusat Krisis Sehenti (OSCC).
Menurutnya, OSCC kini diwujudkan di semua Jabatan Kecemasan hospital kerajaan dan beroperasi 24 jam serta berperanan sebagai pintu masuk bagi kes penderaan di hospital.
Jelasnya, pemeriksaan awal terhadap kanak-kanak terbabit akan dilakukan di pusat ini sebelum dimasukkan untuk pemeriksaan lanjut serta diberikan rawatan dan kaunseling oleh pihak hospital.
“Pada tahun lepas OSCC mencatatkan sebanyak 434 kes dera fizikal dan seksual,” jelasnya lagi.

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...