KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak dibenarkan pulang daripada Hospital Kuala Lumpur (HKL) semalam selepas menjalani pembedahan lutut kirinya yang cedera akibat bersukan.
Perdana Menteri diiringi isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor meninggalkan pekarangan hospital pada pukul 12.30 tengah hari.
Najib yang kelihatan sihat dan santai dengan kemeja lengan pendek berwarna hijau cair, sempat melambai tangan kepada beberapa jurufoto dan jurukamera yang menantinya di pekarangan Wad Diraja HKL.
Beliau menjalani pembedahan lutut kirinya melalui pembedahan arthoscopic pada Isnin lepas.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Hasan Abdul Rahman dalam satu kenyataan berkata, para doktor pakar yang melakukan pembedahan itu berpuas hati dengan hasil pembedahan serta perkembangan pemulihan Perdana Menteri yang telah mula berjalan sejak kelmarin.
"Perdana Menteri yang pulang ke rumah tengah tari tadi (semalam) untuk berehat, akan terus menyambung sesi pemulihan untuk beberapa hari lagi," katanya.
Najib dijangka memulakan tugas pada minggu hadapan.
No comments:
Post a Comment