Wednesday, August 10, 2011

Kanak-kanak mati dikerat berusia 20 bulan


KUALA LUMPUR 10 Ogos - Kanak-kanak lelaki yang ditemui mati bersama keratan mayat wanita di sebuah pangsapuri di Ampang baru-baru ini, disahkan baru berusia 20 bulan.
Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, hasil siasatan mendapati mangsa bukan berusia antara lima hingga enam tahun seperti yang dilaporkan sebelum ini.
Beliau bagaimanapun berkata, polis masih menunggu keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi mengenal pasti identiti sebenar dan menentukan sama ada kedua-dua mangsa mempunyai pertalian darah.
"Polis juga masih dalam proses menyoal siasat lapan lelaki Bangladesh yang ditahan berhubung kes itu,” katanya ketika dihubungi. - Bernama

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...