Wednesday, August 17, 2011

Berbuka ala kampung di Berjaya Hotel


Penghuni kota raya didedahkan dengan aneka gaya dan corak masakan. Tapi bila masuk bukan puasa, juadah masakan ibu kitalah yang memecah liur kita untuk menikmatinya. Apatah lagi bagi yang sudah lama tak balik kampung.
Sebab itulah Berjaya Hotels & Resorts, Jalan Imbi, Kuala Lumpur menyediakan juadah ala kampung sepanjang bulan puasa nanti di Restoran Big Apple, Tingkat 14, hotel tersebut. Bufetnya tak mahal, hanya RM78++ untuk dewasa dan RM42++ untuk kanak-kanak.
"Dulu-dulu bila sebut balik kampung, kita akan ingat masakan enak dari dapur mak kita. Banyak kenangan manis zaman kanak-kanak yang akan terlintas di kepala kita.
"Sebab itulah kita mahu kembalikan nostalgia itu di Hotel Berjaya," kata Pengarah Korporat, Pemasaran dan Komunikasi Hotel Berjaya, Abel Nelson Nang.
Chef Mazlee Abdul Rahman berkata, pihaknya akan menyediakan lebih 100 jenis masakan dan ada yang ditukar bagi menambahkan selera pengunjung yang datang berbuka puasa.
Antara juadahnya ialah  daging gulai, telur itik masak lemak, kambing bakar percik, gilai ikan talang dengan nanas, kari ayam mamak, udang masak ros serta aneka ulam-ulaman dan kerabu.
Ada juga masakan istimewa kuzi kambing panggang dan beriani, kari burung unta, ayam goreng icikabin, ekor masak asam pedas, pucuk manis dan keledek masak lemak, kepah masak kunyit, kambing vindaloo, ketam goreng serta gulai sotong timur.
Bagi peminat masakan laut, restoran itu turut menyediakannya. Peminat salad dan masakan Barat juga tidak akan ketinggalan dengan aneka lagi juadah yang pasti memikat selera anda.
Saya sendiri sempat menikmati juadah restoran itu dalam majlis preview masakan mereka baru-baru ini.
Selain juadah yang memilih tema masakan kampung, sesiapa yang mahu makan bersila juga boleh berbuat demikian kerana ada bahagian yang membolehkan pengunjung bersila sambil makan.
Hiburan juga berkonsep kampung apabila mereka mempersembahkan kumpulan keroncong yang akan menghiburkan pengunjung.
Untuk kemudahan pengunjung,  dua buah bilik acara dirubah menjadi bilik sembahyang di lantai yang sama.
Untuk membuat tempahan boleh hubungi talian 03-21178000. Untuk pengetahuan, restoran tersebut dan operasi bankuet sudah mendapat pengesahan sijil halal oleh JAKIM sejak Jun lalu.


Tempah Bilik Hotel Di Kuala Lumpur!

Hotel In Kuala Lumpur

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...