
AZLIN belum puas mencipta kejayaan.
DATUK Azlin Ahmad Shaharbi menganggap kerjaya sebagai pengamal undang-undang sebagai unik. Katanya, hidup seorang peguam penuh disiplin serta memiliki ketajaman fikiran dan pandai berhujah.
Namun begitu, menurut Azlin, kerjaya peguam bukan minat utamanya walaupun sudah 23 tahun dia turun naik mahkamah selain menubuhkan firma guaman sendiri sejak 18 tahun lalu.
“Saya sebenarnya lebih berminat dengan perkhidmatan diplomatik khususnya menjadi duta Malaysia di luar negara. Sejak muda lagi saya berangan-angan untuk tinggal di negara orang kerana bak kata pujangga, jauh perjalanan luas pemandangan,” katanya yang teringin menjadi pemain gitar.
Namun, ibu bapanya begitu berhajat untuk melihat Azlin menjadi seorang peguam yang berjaya.
“Jadi saya pun mengalihkan minat kepada bidang undang-undang sebelum menamatkan pengajian A-Level di Simon Langton Girls’ School, Canterbury, England. Selepas itu, saya memasuki Universiti Kent di Canterbury diikuti Barrister-at-Law Temple In di London,” katanya.
Jelas beliau, ramai rakannya yang hairan memandangkan beliau pelajar aliran sains di sekolah tetapi memilih kursus undang-undang yang merupakan sebahagian daripada bidang sastera.
Azlin, 49, masih bujang. Beliau yang dilahirkan di Ipoh, Perakmenganggap kesibukan kerjaya menyebabkan beliau lebih selesa hidup sendirian.
“Bayangkan seawal umur 26 tahun iaitu pada tahun 1991 saya sudah membuka firma guaman sendiri sehingga sekarang,” hujahnya yang kini dibantu lapan orang kakitangan.
Sifat Azlin yang begitu obses untuk mencapai kejayaan dalam kerjaya selain tragedi perceraian yang menimpa kawan-kawannya menyebabkan Azlin berfikir panjang untuk berkahwin.
Ibu bapanya pula menyerahkan urusan peribadi itu kepada anak mereka. Tiga adik-beradik Azlin yang lain sudah mendirikan rumah tangga.
Bagi Azlin, pengorbanan itu berbaloi. Pada tahun 2008, beliau menerima Darjah Dato’ Paduka Mahkota (DPMP) daripada Sultan Perak yang membawa gelaran Datuk.
Buku
“Anugerah itu membuatkan saya bertambah yakin untuk mencipta lebih banyak pencapaian dalam hidup saya,” tegas Azlin.
Sepanjang 23 tahun bergelar peguam, Azlin mengakui kerjaya itu mencabar. Bukan mudah untuk menjadi peguam yang diyakini dan berjaya, ujarnya.
Katanya, hujah yang bernas berdasarkan bukti dan fakta selain sokongan saksi, menyumbang kepada keputusan hakim sama ada untuk mensabitkan kesalahan tertuduh atau melepaskannya.
Jelas beliau, peguam tertakluk kepada kod etika guaman sendiri.
“Peguam tidak boleh melakukan manipulasi sehingga seseorang penjenayah terlepas daripada hukuman. Ia salah mengikut etika guaman dan agama,” katanya.
Tambah Azlin, peranan saksi juga penting. “Kalau saksi itu lantang bercakap di luar mahkamah tetapi apabila duduk di kandang saksi dia menggigil atau membisu, perbuatan itu hanya akan menjejaskan usaha untuk mencari kebenaran atau keadilan ke atas tertuduh,” ujarnya.
Menurut Azlin, hakim akan membuat keputusan selepas meneliti hujah-hujah pendakwa raya dan peguam bela yang dibentangkan di dalam mahkamah.
“Andainya hakim itu membuat keputusan yang salah atas sebab tertentu, kesilapan itu terus menyeksa jiwa seseorang hakim walaupun ia sudah lama berlalu.
“Faktor itulah juga yang membuatkan saya tidak berminat untuk menjadi seorang hakim. Ia tidak sesuai dengan saya,” terang Azlin yang berpegang pada prinsip ‘jika anda seorang peguam yang baik, klien akan mencari anda’.
Di sebalik kesibukannya, Azlin masih sempat menulis buku Panduan Undang-Undang Untuk Kejayaan Perniagaan. Menurut Azlin, tiada buku khusus berkaitan topik itu ditulis sebelum ini.
Azlin berkata, ramai usahawan kecil dan sederhana di negara itu yang tidak mempunyai pengetahuan berkaitan undang-undang perniagaan dan keusahawanan.
“Saya menyedari perkara itu sewaktu saya menjadi Timbalan Presiden, Persatuan Bumiputra Dalam Perniagaan dan Profesion Malaysia,” jelas beliau.
Katanya, sikap jahil undang-undang itu menyebabkan ada antara mereka yang ditipu semasa menandatangani kontrak iklan, pemasaran dan penjenamaan produk. Mereka juga berdepan tindakan saman yang pasti menjejaskan perniagaan mereka.
ManaKedai.com - mulai hari ini kami akan masukkan berita2 kejayaan wanita, isu2 semasa wanita, tips kesihatan dan kecantikan dan sebagainya berkaitan wanita. ini adalah kerana kami dapati ramai pembaca adalah golongan wanita, jadi amat bermanfaat sekiranya kami tambahkan edisi wanita ini bagi menghargai mereka!
terima kasih WANITA! kau lah penyuluh hidop kami insan bernama LELAKI! hmm edisi lelaki jugak akan kami muatkan dalam portal ini.. insyaAllah
Kami Menjual Pakaian & Aksesori Wanita Muslimmah! Datanglah Ke Butik Kami!


Kami Menjual Pakaian & Aksesori Wanita Muslimmah! Datanglah Ke Butik Kami!


No comments:
Post a Comment