Friday, August 5, 2011

Anak hartawan Sydney diikat ‘bom’ selama 10 jam



SYDNEY: Pihak berkuasa memburu suspek yang mencetuskan kegemparan dramatik seolah-olah filem Hollywood dengan mengancam seorang remaja daripada keluarga kaya di Sydney, semalam.
Madeleine Pulver, 18, mengalami pengalaman ngeri selama 10 jam selepas seorang lelaki bertopeng meletakkan sejenis alat didakwa bom pada lehernya di rumah mangsa di pinggir Mosman.

Penyerang turut meninggalkan nota di tempat kejadian.
Madeleine (gambar) adalah anak seorang daripada tokoh terkaya di Sydney.

Pegawai polis New South Wales, Mark Murdoch, berkata pihak berkuasa percaya kejadian itu ada kaitan dengan cubaan suspek memeras ugut keluarga mangsa.

“Arahan ditinggalkan suspek begitu terperinci, menyebabkan polis yakin ancaman berkenaan sangat serius,” katanya.
Kawasan di sekitar rumah Madeleine dikosongkan dan laluan di situ ditutup ketika skuad pemusnah bom, anggota penyelamat dan paramedik bertungkus-lumus menyelamatkan remaja itu.

Diikat di leher Madeleine menggunakan rantai, alat itu kemudian berjaya ditanggalkan sebelum tengah malam kelmarin. Kata Murdoch, alat itu kelihatan seperti bom tulen dan polis menanganinya dengan berhati-hati.

“Ada beberapa maklumat diperoleh dan remaja terbabit serta beberapa individu akan disoal siasat beberapa hari lagi,” katanya. - AFP

Bagi Peminat Pancing Tegar Adakah Anda Sedang Mencari Lubuk Ikan Yang Baru? Singgahlah ke Kelong Usma yang sering mendapat jolokan "Fishing Paradise". Pasti Tidak Menghampakan!


Bagi tempahan kelong anda boleh hubungi kami seperti di bawah:-

Alamat : Usma Sdn Bhd, No JB 2831, Tingkat 1, Jalan TSP 2A, Taman Seri Pertam, Ayer Tawar, 77300, Merlimau, Melaka.
Masa Operasi : 8.00 pagi - 6.00 ptg/ 6.00 ptg - 8.00 pagi
Harga Sewaan: RM20.00/ satu kepala/ seorang
Sewa Booking Sebuah Kelong : RM300 12jam/ mak 10 orang
HOTLINE: En Hisham 019- 621 8081



No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...