Tuesday, August 9, 2011

Alat bunuh, kerat mayat ditemui



ANGGOTA polis mengangkat cebisan mayat wanita dan kanak-kanak yang dikerat 15 bahagian sebelum disumbat ke dalam tandas di Apartmen Astria, Taman Kosas, Ampang Rabu lalu.
AMPANG JAYA - Siasatan kes pembunuhan seorang wanita dan kanak-kanak warga asing yang mayat mereka dikerat 15 bahagian sebelum disumbat dalam mangkuk tandas di sebuah rumah di Blok Chrysa, Apartmen Astria, Taman Kosas di sini mendapat petunjuk baharu apabila polis menemui alat yang digunakan untuk membunuh mangsa.
Kosmo! difahamkan, alat tersebut ditemui di dalam sebuah rumah yang dihuni lapan lelaki Bangladesh di sebuah rumah di tingkat lima perumahan tersebut Sabtu lalu.
Bagaimanapun, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah enggan mendedahkan jenis alat yang ditemui itu.
Katanya, selain siasatan, pihaknya mendapat maklumat daripada orang ramai sehingga berjaya menahan lapan lelaki terbabit dan merampas senjata tersebut.
"Tujuh lelaki itu ditahan serentak di kawasan perumahan tersebut manakala seorang lagi ditangkap di sebuah hotel di sini pada hari sama.
"Sebahagian daripada mereka bekerja sebagai tukang cuci bangunan itu manakala salah seorang merupakan pekerja sebuah hotel," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...