Tuesday, August 2, 2011

Aktiviti Di Kelong Abu (Part 1)











































Gambar2 ini aku ambil beberapa minggu yang lalu tapi baru malam ini aku free dan kelapangan sedikit untuk mengedit dan memasukkannya dalam portal ini. Sekeluarga datang ke Kelong Abu untuk memancing dan bermalam di situ. Sempat aku snap si kecil yang comel memancing dan aku lihat sangat manja dengan atok dia. Gambar2 tersebut akan aku masukkan dalam part yang ke 2 nanti. 

Aku sampai ke Pantai Siring berjumpa Abu dalam pukol 6.00 petang, dari pantai aku ikut Abu menaiki bot beliau dan menghantar sekali pengunjung-pengunjung Kelong. Terdapat3 kelong kesemuanya, 2 kelong baru yang baru sahaja siap dibina. Dan masa aku sampai ke Kelong Abu aku perasan kelong lama Abu sedang diperbaiki dan ditambah baik. Ada aku ambil beberapa gambar kelong tersebut dan insyaAllah aku akan masukkan kemudian nanti ya. 

Cuma aku agak terkilan masih tak kesempatan untuk pergi ke Kelong Abu balik untuk ambil gambar kelong lama yang telah siap ditambah baik dan diperbaiki. Memang lawa aku tengok, macam sebuah rumah -  lengkap dengan bilik air, dapor memasak, bilik tidor dan yang istimewanya terdapat juga anjung kecil yang comel di tepi kelong. Tempat untuk bermenung dan musahabah diri. 

Sorry Abu dah masuk pon bulan puasa nih.. insyaAllah Abu aku akan ke sana untuk ambil gambar kelong yang dah siap tuh ya. Dari pengamatan aku Kelong Abu adalah antara kelong ikan yang tercantek terdapat di Pulai, Melaka. Ramai pengunjung dalam dan luar negeri yang datang ke sini. Regular customers pon ramai. 

Jadi bagi yang minat memancing apa kata anda datang ke sini dan nikmati sendiri kerseronokan dan kenikmatan pengalaman memancing di sini. Memang santai dan mendamaikan jiwa. Bila maghrib menjelma aku di atas kelong tiba-tiba terasa sayu melihat begitu asyik dan indah pemandangan langit dan laut di sini. Dan aku terinsaf serta akur dengan kebesaran Ilahi Allah SWT. CiptaanNYA memang agung! 




Dari Pantai Siring ke Kelong Abu
Hakmilik perniagaan/ syarikat Kelong Abu, Pulai, Melaka.

Photo2 diambil semasa sekumpulam pemancing tegar pergi memancing ke Kelong Abu. Abu menghantar mereka semua menggunakan bot penumpang dari Kampong Nelayan Pantai Siring, Pulai Melaka.

Sekiranya anda berminat untuk merasai suasana mancing yang aman damai dan menyeronokkan silalah hubungi sdr Abu hari ini!

pls visit manakedai
35 photos | 1 view | Add a comment?
items are from 16 May 2011.

Dari Pantai Siring ke Kelong Abu

Dari Pantai Siring ke Kelong Abu

Dari Pantai Siring ke Kelong Abu

Dari Pantai Siring ke Kelong Abu

Dari Pantai Siring ke Kelong Abu

Dari Pantai Siring ke Kelong Abu

Dari Pantai Siring ke Kelong Abu

Dari Pantai Siring ke Kelong Abu

Dari Pantai Siring ke Kelong Abu

Dari Pantai Siring ke Kelong Abu

Dari Pantai Siring ke Kelong Abu

Dari Pantai Siring ke Kelong Abu

Dari Pantai Siring ke Kelong Abu

Dari Pantai Siring ke Kelong Abukelong abu 3 018

Dari Pantai Siring ke Kelong Abu

Dari Pantai Siring ke Kelong Abu

Dari Pantai Siring ke Kelong Abu

Dari Pantai Siring ke Kelong Abu

Dari Pantai Siring ke Kelong Abu

Dari Pantai Siring ke Kelong Abu

Dari Pantai Siring ke Kelong Abu

Dari Pantai Siring ke Kelong Abu

Dari Pantai Siring ke Kelong Abu

Dari Pantai Siring ke Kelong Abu

Dari Pantai Siring ke Kelong Abu

Dari Pantai Siring ke Kelong Abu

Dari Pantai Siring ke Kelong Abu

Dari Pantai Siring ke Kelong Abu

Dari Pantai Siring ke Kelong Abu

Dari Pantai Siring ke Kelong Abu

Dari Pantai Siring ke Kelong Abu

Dari Pantai Siring ke Kelong Abu

Dari Pantai Siring ke Kelong Abu

Dari Pantai Siring ke Kelong Abu

Dari Pantai Siring ke Kelong Abu
Subscribe to a feed of stuff on this page...Feed – Subscribe to the set "Dari Pantai Siring Ke Kelong Abu"

Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...