Tuesday, July 26, 2011

Pemberitahuan! New Format!


Salam sejahtera kepada semua kawan2 dan pengungjung portal kami...

Apa kabar? Kami berharap dan sentiasa doakan moga anda semua beroleh kesejahteraan dan kebahagiaan hidop bersama orang2 tersayang! IsyaAllah ..Amin..

Ok pada petang ini kami ingin maklumkan bahawa terdapat sedikit perubahan yang akan kami buat di portal ini, antaranya adalah:-

1) Mulai hari ini kami akan masukkan berita2/ isu semasa dalam dan luar negeri bagi menyalurkan maklumat terkini bagi pembaca/ pengunjung sekelian. Ini menepati dengan objektif kami bagi menyediakan sebuah "platform" pengiklanan 365 hari tanpa henti berserta dengan informasi terkini sepanjang tahun. Dengan kata lain, kami bukan sahaja memastikan iklan-iklan perniagaan pelanggan kami dipromosikan setiap hari tetapi juga berita-berita terkini yang kami rasa perlu dan sesuai untuk dikongsikan kepada masyarakat umumnya. Dan sekaligus usaha murni ini kami berharap akan lebih menghangatkan portal ini dan bukannya sekadar iklan perniagaan sahaja.

2) Jurnal Aktiviti team kami juga akan dikemaskinikan dari masa ke semasa di portal ini selain di akaun flickr kami.

3) Kami akan terus mempromosi bahan bacaan terbaek untuk rakyat negeri Melaka yang ingin mendapatkan informasi terkini khusus berita-berita berkaitan dengan negeri Melaka seperti Akhbar Komuniti Melaka Hari Ini yang kami rasa sesuai dibaca untuk semua. Bukan sahaja sebagai hobi kami menyimpan keratan akhbar tetapi boleh juga dimanfaatkan oleh semua pada masa akan datang. Dan insyaAllah banyak keratan yang masih dalam simpanan kami yang belom kami masukkan dalam album flickr kami akan kami masukkan segera.

Objektif kami adalah untuk menggalakkan orang Melaka khususnya mengambil tahu tentang apa yang berlaku di sekitar negeri kita ini dan sebagai rujukan bagi pengunjung-pengunjung luar negeri yang datang ke sini.

4) InsyaAllah sebelom bulan puasa yang akan datang dalam masa beberapa hari ini sekiranya ada kelapangan kami akan singgah ke kedai-kedai pelanggan2 kami untuk mengetahui PROMOSI HARI RAYA yang mereka adakan. Sememangnya matlamat kami adalah untuk membantu peniaga-peniaga Melaka amnya dan peniaga-peniaga Bumiputera/ Mulism khusunya. Dan bagi yang telah email kepada kami,akan kami  kemaskinikan secepat mungkin.

5) Di sini kami ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Kelong Abu di Pulai yang telah terpilih dan dikunjungi beberapa hari yang lepas oleh ADUN SERKAM, Dato Haji Ghazali Muhamad dan media tempatan bagi membuat liputan. Kami akan kemaskinikan berita tersebut dalam masa terdekat ini. Kami berdoa moga perniagaan Kelong Abu akan semakin maju dan berjaya! InsyaAllah...

6) Kami akan perkenalkan aktiviti REBLOG!!! post-post yang lalu secara berulang-ulang bagi memastikan kesemua perniagaan pelanggan kami mendapat pendedahan yang adil dan berterusan sepanjang tahun. Diselitkan juga artikel-artikel berkaitan berserta dengan URL Link perniagaan-perniagaan sedia ada.

7) Dan untuk pengetahuan semua kami sekarang ini sedang mengemaskinikan sebuah portal online bagi Cardova Creative di Dataran Pahlawan Melaka. Memang banyak photo2 yang perlu kami ambil, edit dan siapkan, jadi memang mengambil sedikit masa. Tetapi berita baiknnya anda boleh datang terus ke kedai En Halim ini di Dataran Pahlawan, Melaka. Terdapar ribuan koleksi keris, batu permata, cincin, kraftangan, barangan antik dan lain-lain yang dijual di sana. Singgah ya...

Dan sekiranya terdapat apa-apa perubahan akan datang atau penambahan kami akan umumkan di sini. Akhir kata ucapan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada teman-teman facebook, twitter, linkedin dan lain-lain serta para pembaca/ pengunjung yang menyokong kami selama ini.

Pada mulanya dari sehari untuk dapatkan 10 pageviews amatlah sukar dan sekarang alhamdullilah dengan izin Allah page views portal ini telah meningkat dan bertambah dari masa ke semasa dan setiap hari ratusan pengunjung telah melawat portal kami ini. Alhamdullilah dan terima kasih semua. Matlamat yang sedang kami usahakan adalah untuk mendatangkan ribuan pengunjung ke portal ini satu hari nanti..InsyaAllah...

Sekian terima kasih dan harap maklum.

Team ManaKedai.com

"iklan berinfo sepanjang tahun.."

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...