selepas setel ambil gambar2 homestay di AGIBS CLUB di Air Keroh, aku terus ke dataran pahlawan untuk menyambung kerja2 aku ambil gambar2 produk di Cardova Creative. Alhamdullilah petang ini aku sempat ambil gambar semua homestay milik Datok Ghaffar. Ada 5 buah kesemuanya. 4 kali aku ke sana tapi tak dapat untuk ambil gambar sepenuhnya kerana ada tetamu (guest) yang menyewa di sana. Petang nih line clear..ok..ok.. bagus! Talipon Datok untuk berjumpa kerana aku perlukan info bagi AGIBS CLUB untuk dimasukkan dalam portal.
Aku tahu Datok memang sibok orangnya, so beliau suruh aku hubungi En Hilmi bagi kerja2 seterusnya.. insyaAllah esok aku akan hubungi beliau dan siapkan secepat mungkin.
Kerja-kerja bagi menyiapkan portal @ online store Cardova Creative masih berjalan seperti biasa dan hampir sebulan aku tumpukan usaha aku untuk menjaya dan merealisasikan impian Sdr Halim utk memiliki sebuah online store yang lengkap dan eksklusif.
Hmmm sememangnya aku sokong usaha dan niat murni sdr Halim kerana walaupon beliau memiliki 3 buah kedai di Dataran Pahlawan menjual pelbagai barangan kraftangan, keris, cincin, batu permata, barangan antik dan lain-lain beliau melihat weblog/ website a.k.a online store sebegini sebagai sebuah platform terbaek bagi memasarkan produk2 beliau ke seluruh negara malahan seluruh dunia.
Kerja-kerja bagi menyiapkan sebuah online store yang komprehensif dan eksklusif memang memakan masa yang agak panjang dan juga fokus... tak der masalah bagi aku memang kerja aku dan minat aku di sini so aku memang enjoy cuma perlukan masa yang agak panjang aje sikit berbanding kalau hanya di iklankan di portal manakedai.com. Kebanyakan masa dihabiskan dengan kerja2 mengedit dan menyusun set2 photo di akaun flickr, untuk masukkan ke dalam blog mudah sahaja. So far hampir 2000 +++ keping telah dimasukkan ke dalam portal blog Cardova Creative. Memang aku nak siapkan secepat mungkin nih dan boleh dilancarkan dalam awal bulan puasa ini..insyaAllah...
ok sikit saja celoteh aku petang ini, kelapangan akan aku sambung. Nak sambung buat kerja..
Bagi meninjau Cardova Creative Online Store boleh klik Di Sini!
Bagi yang ingin melihat photo2 yang di ambil, Klik Di Sini!
InsyaAllah malam ini aku akan siapkan kerangka AGIBS CLUB untuk present kat Datok Dan En Hilmy esok. Photo2 Agibs Club & Homestay Klik Di Sini!
No comments:
Post a Comment