Monday, October 31, 2011

Najib Dan Isteri Berlepas Ke Arab Saudi

Najib Dan Isteri Berlepas Ke Arab Saudi

SEPANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin  hari ini berlepas ke Arab Saudi bagi menunaikan ibadah haji.
Mereka berdua turut diiringi bonda Najib, Tun Rahah Mohamad Noah dan adik Najib, Datuk Mohamed Nazim serta Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Mereka berlepas ke Madinah dari Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada kira-kira jam 5 petang.
Sementara itu, Najib dalam Twitternya sebelum berlepas ke Arab Saudi berkata: ” Saya akan menunaikan fardu haji sebentar lagi. Terima kasih di atas doa anda semua.”
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman serta beberapa menteri Kabinet adalah antara orang kenamaan yang berada di lapangan terbang mengucapkan selamat jalan kepada Perdana Menteri dan isteri. – BERNAMA

Tawaran RM3 Juta Untuk Seorang Askar Yahudi

Tawaran RM3 Juta Untuk Seorang Askar Yahudi

RIYADH – RM3 juta imbuhan kepada mereka yang berjaya menangkap seorang tentera Yahudi.
Itu tawaran yang dikemukakan oleh seorang kerabat Diraja Arab Saudi, Putera Khaled bin Talal yang juga adik kepada jutawan Putera Alwaleed Talal.
Menurut Putera Khaled, beliau membuat tawaran itu sebagai menyokong ulama Arab Saudi, Sheik Awadh al-Qarni yang sebelum ini menawarkan ganjaran RM300,000 untuk seorang askar Yahudi yang berjaya ditangkap.
Sheikh Awadh menawarkan hadiah berkenaan sebagai tindak balas ke atas ganjaran yang ditawarkan oleh satu kelurga Yahudi ke atas mana-mana pihak yang berjaya membunuh seorang penduduk Palestin yang dibebaskan daripada penjara Israel dalam perjanjian pertukaran tahanan yang ditandatangani dengan Hamas, awal bulan ini.
Bekas tahanan Palestin itu dipenjarakan atas tuduhan melakukan pengeboman pada 1998 sehingga menyebabkan kematian.
Salah seorang yang terkorban merupakan anggota keluarga yahudi berkenaan.
Putera Khaled memberitahu, beliau membuat tawaran berkenaan susulan ancaman Israel ke atas Sheik Awadh yang terkenal dengan kelantangannya itu.
Dalam pada itu, seorang penganalisis Asia Barat, Joseph Kechichnan berkata, tindakan Putera Khaled itu tidak ada kena mengenai dengan kerajaan Arab Saudi.

“Khaled berbuat demikian atas kapasitinya sendiri dan tidak mewakili Arab Saudi. Beliau merupakan seorang individu yang sering mengambil tindakan seperti itu,” katanya.
@mynewshub.my

Filipina Sambut Bayi Ke-7 Bilion Di Dunia

Filipina Sambut Bayi Ke-7 Bilion Di Dunia

MANILA – Filipina hari ini meraikan kelahiran bayi ketujuh bilion di dunia secara simboliknya selepas ibunya selamat bayi perempuan di bilik bersalin di sebuah hospital kerajaan di sini.
Bayi seberat 2.5 kilogram bernama Danica May Camacho itu lahir menjelang tengah malam tadi sehingga mendapat liputan meluas media di bilik bersalin di
Jose Fabella Memorial Hospital. “Bayi amat comel dan sihat,” kata ibunya, Camille Dalura sambil meriba bayi perempuannya itu.
“Saya tidak percaya bahawa dia adalah bayi ketujuh bilion di dunia,” katanya.
Bayi berkenaan adalah anak kedua Dalura bersama pasangannya, Florante Camacho.
Pasangan suami isteri itu bersama bayi berkenaan kemudian menemui pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang meraikan bayi mereka itu dengan cek kecil.
Pasangan itu turut menerima hadiah daripada penderma tempatan termasuk geran biasiswa dan pakej ekonomi bagi membolehkan pesangan itu memulakan perniagaan runcit.
Turut menyaksikan peristiwa bersejarah itu ialah budak perempuan berusia 12 tahun, Lorrize Mae Guevarra yang diisytiharkan bagi keenam bilion di dunia pada 1999.
“Saya amat gembira melihat bayi yang comel ini. Saya harap dia sukakan saya dan membesar menjadi anak yang sihat dan disayangi semua orang,” katanya.
Bayi berkenaan adalah antara beberapa negara di dunia yang secara simboliknya menyambut kemunculan manusia ketujuh bilion di dunia hari ini. – AFP

Gambar Apex, Dahlia Berhibur Cetus Kontroversi

Gambar Apex, Dahlia Berlibur Cetus Kontroversi




KUALA LUMPUR – Memang heboh di blog-blog hiburan yang menyiarkan penjaga gawang gol pasukan bola sepak negeri Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat atau dikenali sebagai Apex, berhibur bersama Dahlia Teck dan beberapa rakan seksinya yang lain.
Gambar-gambar tersebut bukan sahaja disiarkan oleh Oh! Bulan, Rotikaya.com atau Media Malaya.com sahaja, malah turut disambut oleh beberapa blog politik terkenal seperti Empayar Pemuda dan Keris Pusaka berkenaan perkembangan terbaru Apex yang berasal dari Kelantan itu.
Media Malaya.com yang menerima gambar-gambar tersebut melalui emel diberitahu oleh pengirimnya bahawa Apex, Dahlia dan rakan-rakan mereka berhibur di sebuah restoran eksklusif, Werner’s, di Changkat Bukit Bintang baru-baru ini.
Laman web Oh! Bulan yang menyiarkan gambar-gambar dari Media Malaya.com itu turut mempersoalkan mengenai beberapa botol minuman keras yang terdapat di atas meja di dalam gambar tersebut.
“Tidak dapat dipastikan samada mereka adalah pemilik minuman keras diatas meja, namun dalam gambar menunjukkan beberapa botol minuman keras yang sudah dibuka,” kata laman web hiburan terkenal itu.
Bagaimanapun, Oh! Bulan meminta para peminat industri hiburan tanahair untuk berfikiran positif terhadap Apex dan Dahlia.
Rotikaya.com pula menyifatkan Khairul Fahmi sebagai lebih ‘Kuala Lumpur” sifatnya merujuk kepada gambar yang tersiar itu.
“Tetapi nampaknya penjaga gawang pasukan kebangsaan ini semakin hari semakin Kuala Lumpur sifat’nya.. Bagus,” kata pemilik laman web tersebut, tidak tahu sama ada kenyataan itu ikhlas atau menyindir.
kesian awakkk kan...hmmm
@mynewshub.my
Berikut adalah beberapa keping gambar yang dimaksudkan:

Kegiatan Dua Kanak-kanak Mencuri Di Rumah-rumah Putrajaya Terbongkar

Gambar Hiasan
PUTRAJAYA: Kegiatan dua kanak-kanak lelaki berusia tujuh dan lapan tahun yang mencuri di 26 buah rumah penduduk di sekitar presint 8 di sini terbongkar apabila mereka sendiri memberitahu rakan-rakan mengenai kegiatan itu. Ketua Polis Putrajaya, Superintenden Abdul Razak Abd Majid berkata seorang rakanmereka terkejut apabila diberitahu barang-barang rumahnya sendiri juga telah dicuri.
Kanak-kanak itu memasuki rumah berkenaan dengan menggunakan kunci yang ditinggalkan di luar rumah.
"Kedua-dua kanak-kanak lelaki tersebut bukan sahaja memberitahu malah menunjukkan barang-barang yang mereka telah curi.
Berang dengan keadaan itu seorang rakan sekolah mereka memberitahu ayahnya. "Terkejut mendengar perkara tersebut, ayah berkenaan segera membuat laporan kepada pihak polis dan kedua-dua budak itu ditangkap secara berasingan pada 5.40petang dan 6.30 petang di rumah masing-masing pada 28 Oktober lalu," kata AbdulRazak kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya di sini. Abdul Razak berkata setelah disoal siasat pihak polis, kedua-dua mereka mengakui telah menjalankan kegiatan mencuri itu sejak enam bulan lalu.
Beliau berkata dua kanak-kanak itu melakukan perbuatan mencuri dengan mengambil kunci yang diletakkan di luar rumah, biasanya di dalam kasut, apabilatuan rumah keluar bekerja pada waktu pagi.
Menurutnya, kanak-kanak itu sepatutnya pergi ke sekolah pada waktu tersebut,sebaliknya ponteng bagi melakukan perkara itu.
"Mereka mengambil duit dan barang-barang yang terdapat dalam rumah yang dibuka dengan menggunakan kunci yang ditemui.
Bagaimanapun ini tidak melibatkanbarang-barang lain yang berharga," katanya.
Beliau berkata kanak-kanak itu menggunakan wang yang dicuri untuk membeli-belah di Alamanda di sini.
Abdul Razak berkata kedua-dua budak tersebut akan diserahkan kepada JabatanKebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan lanjut.
"Mereka tidak boleh didakwa kerana masih lagi kecil (di bawah umur), oleh itu tindakan susulan akan dibuat oleh JKM," katanya.
Abdul Razak mengingatkan penduduk di Putrajaya menghentikan amalan meletakkunci di luar rumah ketika keluar demi mengelakkan kejadian curi seperti itudari terus berlaku. - BERNAMA

Diana Danielle Selongkar Ilmu Dunia Seni

Diana Danielle
MENGENALI pelakon muda Diana Danielle Danny Beeson, dia seorang yang begitu komited dengan kerja seninya.
Memiliki disiplin kerja yang tinggi juga membuatkan gadis berusia 20 tahun ini dianggap berpotensi besar untuk pergi jauh dalam karier lakonan mahu pun bidang-bidang lain yang diceburi.
Dan jika dilihat perwatakan dan cara kerjanya, Diana tidak ubah seperti pelakon senior Sofea Jane yang cukup komited dalam mana-mana filem yang dilakonkan. Malah cara penyampaian mereka dalam sesebuah watak juga hampir sama.
Bakal menjadi pengganti Sofea satu hari nanti? Anggapan itu dirasakan sebagai satu kata-kata semangat buat anak muda kacukan Melayu-Inggeris ini.
“Terima kasih jika ada yang beranggapan begitu. Ia mendorong saya untuk terus maju ke depan. Lagipun saya meminati lakonannya (Sofea) sejak kecil lagi.
“Bayangkan, pada hari pertama latihan filem Hanyut diadakan pada tahun lalu, Sofea sudah pun menghafal keseluruhan skrip! Melihat komitmen kerjanya membuatkan saya juga mahu bekerja bersungguh-sungguh.
“Bekerja dengan Sofea memang tak boleh nak main-main. Apatah lagi dengan pengarah kami, U-Wei. Pelakon-pelakon tidak dibenarkan membawa telefon bimbit ke set penggambaran. Mereka sangat profesional dan mengajar saya mengenai etika kerja,” ujarnya teruja.
Justeru itu, kata Diana, dia juga memastikan untuk perbetulkan cara kerjanya seperti mengawal diri daripada bergurau senda dengan krew agar tidak lari fokus.
Jadi Pengacara
Bakal muncul dengan empat buah filem iaitu Azazil, Hanyut, Barajiwa dan Spilt Rice On Gravy pada tahun depan, pelakon ini juga mula menjinak-jinakkan diri di bidang pengacaraan pula.
Diana kini sibuk mengendalikan sebuah program hiburan sukan berjudul MyEG Extra Time bersama dengan Sazzy Falak dan Hannah Tan menerusi saluran sukan Astro, ESPN HD, setiap Jumaat, pukul 8 malam.
“Selepas penggambaran filem Azazil selesai dua bulan lalu, saya lebih selesa untuk berehat seketika sebelum memulakan projek baru. Tambah pula sekarang ini rumah saya sedang dalam proses pengubahsuaian, meluangkan masa di rumah amat diperlukan. Lagipun saya tak boleh nak berjauhan dengan keluarga terlalu lama.
“Bagaimanapun, tawaran mengacara MyEG Extra Time membuatkan saya berfikir panjang sebelum meletakkan keputusan. Malah saya tolak habis-habisan pada mulanya.
“Ini kerana saya agak segan apabila berada betul-betul di depan kamera. Sebenarnya untuk temu bual TV pun, saya akan rasa menggigil tau sebab tak boleh nak cakap sesuka hati di depan kamera.
“Tetapi saya perlu fikir tentang masa depan juga kerana kehidupan seorang pelakon bukannya stabil sentiasa. Lebih baik kita buat pelan sokongan dengan mengambil peluang ini (mengacara) sebagai percubaan pertama,” katanya.
Langkah satu-persatu bermula dari model iklan, pelakon, penyanyi dan kini pengacara, ia sudah boleh dikira pakej lengkap untuk bergelar anak seni sejati.
Namun bagi Diana, banyak lagi perkara yang perlu digali dan selongkar tentang ilmu dunia seni yang dikira masih baru buatnya. “Sebenarnya belum cukup bagus untuk digelar apapun. Apa yang dibuat sekarang baru permulaan. Bidang nyanyian pun saya belum memberikan sepenuh perhatian lagi.
“Ya, mungkin tahun depan, tapi rasanya saya belum layak lagi digelar seorang penyanyi. Nak diikutkan, boleh saja saya muncul untuk beberapa buah lagu. Tapi saya lebih senang kalau dapat membabitkan diri dengan proses pembikinan sepenuhnya.
“Apa lagi yang boleh saya ceburi ya dalam karier seni? Cukuplah setakat ini...Tapi ada juga hasrat nak mencuba di bidang penerbitan pula,” selorohnya.
@mstar.com.my

David Beckham, Victoria Tukar Profesion

David Beckham dan Victoria
LOS ANGELES: David Beckham dan Victoria dikatakan kini sudah tukar pekerjaan apabila kedua-dua ibu bapa ini sibuk menguruskan hal anak-anak mereka.
Seperti dipetik Dailymail, David dikatakan sibuk menjaga puterinya, Harper Seven Beckham. Manakala isterinya pula sibuk dengan kelas karate anak lelakinya, Brooklyn.
Tempat Victoria sebagai wanita paling istimewa dalam hidup David kini sudah berjaya digantikan oleh Harper.
Bukan sahaja melukis tato dengan nama Harper, malah David sanggup mengecat rumah kediaman mereka dengan warna merah jambu kerana kehadiran Harper.
Kehadiran anak keempat itu dikatakan kunci kebahagian keluarga ini yang semakin sibuk dengan kerenah anak-anak mereka yang semakin membesar.
@mstar.com.my

Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...