Friday, September 30, 2011

bayi bermata 1 di Israel? dikatakan Dajjal?



tak tahu kebenarannya atau saja propa pihak2 tertentu..aku dapat dari youtube... malam nih nak layan youtube kejap ya.. ada video menarik aku akan kongsikan di sini...

video ini pulak dari mexico kalau tak silap aku...



sebagai seorang Muslim kita percaya dan yakin kebesaran Allah SWT.. Dia Maha Pencipta Dia Boleh Cipta apa sahaja yang dikhenedakiNya!

Super Tamak: Bapa mahu tangkap bola sebelah tangan, anak terlepas genggaman




Video ni yang dipaparkan dalam Buletin Utama, TV3. Ia telah disebarkan di internet beberapa hari yang lepas tapi selepas ia disensasikan TV3, kami tanpa segan silu berkongsikan video ini nye pun.
Scene yg paling aku suka bila si mamat nih kena marah dgn isterinya... hehehe.. kelakor tengok muka dia cuba merasioanalkan perlakuan tidak sengaja dia pada sang isteri.
asampedaz: Sampai rumah mesti sambung gadoh punyer..hik!

Bérénice Marlohe, Aktress Dari Perancis Terpilih Gadis James Bond Terbaru



Bérénice Marlohe, aktress kelahiran Perancis yang sudah beberapa kali muncul dalam filem terbitan negara itu di’katakan sudah terpilih sebagai gadis James Bond terbaru.
Filem terbaru James Bond araham Sam Mendes ini bakal menjadi filem berbahasa Inggeris pertama yang di’bintangi Bérénice Marlohe.
Siri terbaru filem James Bond yang masih belum bernama ini menyaksikan Daniel Craig kembali memegang watak utama sebagai James Bond buat kali ketiga selepas Casino Royale dan Quantum of Solace.
Filem filem James Bond sebelum ini telah membuktikan yang muncul dalam siri filem tersebut sebagai Bond Girl boleh menjadi pemangkin kepada kerjaya lakonan sang aktress — lebih lebih lagi pelakon muda.
Lagi gambar Bérénice Marlohe yang di’khabarkan sudah pasti memegang watak gadis James Bond terbaru selepas ini untuk kepuasan anda semua di’malam yang sejuk ini. Enjoicevia Twitch Film
@rotikaya.com
asampedaz: HOT! hik..

Gambar: Sekitar Majlis Nikah Nabil Raja Lawak Dan Nazira Ayub


Hanya 2 kali lafaz, Ahmad Nabil Bin Ahmad, 28 atau lebih dikenali sebagai Nabil telah bergelar suami kepada Nazirah Binti Ayub, 23 dalam sebuah majlis akad nikah yang berlangsung di Majis Tuanku Zainal Abidin Putrajaya, tepat jam 5.16 petang tadi.
Nabil segak bergaya mengenakan persalinan Wazira Zainal telah dinikahkan oleh jurunikah merangkap pembantu imam Masjid Besar Putrajaya, Ustaz Muhd Redza Bin Ahmad dengan mas kahwin berjumlah RM300 dan wang hantaran berjumlah RM15000.
Nabil menerima 9 dulang hantaran daripada pihak perempuan berkonsepkan Red Rhapsody iaitu sebentuk cincin, coklat Godiva, sepasang kasut Tods, sebuah PlayStation 3, sebuah iPad, senaskah Al-Quran, tepak sirih, buah-buahan & kek fonding. Manakala, Zira pula menerima sejumlah 7 dulang hantaran berkonsepkan White English Contemporary iaitu gabungan wang hantaran & sebentuk cincin, tepak sirih, sebuah Blackberry Playbook, kasut Stuart Weitzman, set wangian Laura Mercier, set alat solekan dan senaskah tafsir Al-Quran. Kesemua hantaran telah direka oleh Persada Embun.
Pasangan suami isteri ini akan diraikan dalam sebuah majlis resepsi bertemakan Wonderland pada 2 Oktober nanti di Digital Park i-City, Seksyen 7, Shah Alam. Tahniah diucapkan kepada Nabil & Zira!
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
Nabil & Zira NIkah
Nabil & Zira Nikah
Nabil & Zira Kahwin
@rotikaya.com dan @ohbulan.com
asampedaz: alhamdullilah..Selamat Pengantin baru nabil! jaga isteri canntek tuh baik2 ya..hik!

kata2 professor ungku aziz



hik.. masa aku skodeng status kawan2 (eyra hamzah) aku kat fb terjumpa ayat nih..hik! lucu tapi ada kebenarannya!

so kita kongsi k...

Gambar: Sekitar Majlis Nikah Nabil Raja Lawak Dan Nazira Ayub

gambar2 ini pulak kami ambil dari @rotikaya.com blogger gigih tanahair, sumber utama kami! tq ya rotikaya!




Nabil Raja Lawak & Nazira Ayub bakal mengikat hubungan sebagai suami isteri petang ini di Masjid Sultan Mizan, Putrajaya.
Masjid Sultan Mizan di’pilih sebagai lokasi pernikahan mereka kerana kedudukan masjid tersebut berhampiran dengan rumah keluarga pengantin perempuan.
Gambar di’sebelah di’ambil ketika sessi fitting untuk persalinan majlis pernikahan & perkahwinan mereka beberapa hari yang lalu. Gambar terima kasih kepada rakan media,  OHBULAN!
UPDATE-1: Nabil & Zira bakal bernikah dengan mas kahwin berjumlah RM300 & wang hantaran bernilai RM15,000. Juga di’sertakan sebentuk cincin berlian bernilai RM3,000.
Lagi gambar pernikahan Nabil Raja Lawak & Nazira Ayub yang berlangsung di Masjid Sultan Mizan, Putrajaya selepas ini. Enjoice!
Photobucket
UPDATE-2: Sekitar Masjid Sultan Mizan, Putrajaya kini sedang bermandi hujan penuh rahmat sementara menantikan majlis pernikahan mereka yang di’jangka berlangsung selepas solat Asar.
UPDATE-3: Berikut merupakan gambar hantaran untuk majlis perkahwinan Nabil Raja Lawak & Nazira Ayub — 9 dulang dari perempuan berbalas 7 dari pihak pengantin lelaki.
@rotikaya.com
asampedaz: sederhana hantaran tapi meeriah! 

Foto Eksklusif : Sekitar Majlis Malam Berinai Nabil & Zira.


Malam tadi berlangsungnya majlis malam berinai untuk pasangan mempelai Nabil & Zira di rumah pengantin perempuan, Taman Sri Andalas Klang, Selangor. Mereka akan diijabkabulkan sekitar pukul 4 petang hari ini di Masjid Besi, Putrajaya. Foto kredit kepada Shahril Fahmey Photograpyhy.
OHBULAN! merupakan media online rasmi yang melaporkan perkembangan perkahwinan Nabil & Zira dengan kerjasama Festival Pengantin.
Malam Berinai Nabil & Zira
Malam Berinai Nabil & Zira
Malam Berinai Nabil & Zira
Malam Berinai Nabil & Zira
Malam Berinai Nabil & Zira
Malam Berinai Nabil & Zira

Malam Berinai Nabil & Zira

Malam Berinai Nabil & Zira

Malam Berinai Nabil & Zira

Malam Berinai Nabil & Zira

Malam Berinai Nabil & Zira

Malam Berinai Nabil & Zira

Malam Berinai Nabil & Zira

@ohbulan.com

asampedaz: bagi peminat nabil aku akan masukkan gambar2 nikah dan kahwin beliau soon ya... sabar.. ihsan blog2 tersohor hiburan tanahair yg lain! nantikan...

Singgah Pak Lah Resort Di Melaka! Suasana aman damai!


Isu Nama Allah : Percubaan Mencuri Jasad Rasulullah

malam ini aku terpanggil membaca sebuah blog yang sangat bagus dari pengamatan aku. ia bisa membuka minda dan fikiran manusia yang masih terleka dengan keceramukan dunia.

dibawah adalah sedutan entri terbaek dari blog tersebut. dan blog ini akan menjadi bahan bacaan kegemaran aku..insyaAllah...


Artikel ini merupakan sambungan kepada siri artikel berkenaan isu nama Allah dan gerakan Kristianisasi di Malaysia. Artikel sebelumnya boleh di baca dengan klik sini.

Perancangan Mencuri Jasad Rasulullah s.a.w.
Sebelum serangan ke atas Melaka (1509) dan Goa (1510), dicatatkan mengenai beberapa kegiatan dan perancangan Alfonso de Albuqurque bagi menjatuhkan empayar Islam. Antara yang dirancangkannya ialah untuk mencari sebuah kerajaan Kristian yang kononnya dikuasai oleh Prester John di Benua Afrika bagi tujuan pergabungan untuk menguatkan kekuatan Kristian untuk menentang kekuatan Islam.


Selain dari itu, beliau juga bersetuju dengan rancangan untuk bergabung dengan kerajaan Kristian di Ethiopia untuk bagi membolehkan orang-orang Portugis menggunakan pelabuhan-pelabuhan mereka. Ia bagi tujuan untuk dijadikan pengkalan bagi menyerang kerajaan Mamluk sekaligus menceroboh Bandar suci Madinah dengan tujuan untuk menculik jasad Rasulullah s.a.w.

Ini dirancangkan bagi tujuan menggunakan jasad Rasulullah s.a.w. sebagai tebusan bagi mendesak pembebasan Jerusalem dari tangan dan kuasa orang-orang Islam.  6

Selain dari itu, terdapat juga perancangan mereka untuk mengeringkan Sungai Nil dari mengalir masuk ke Mesir menggunakan khidmat jurutera-jurutera Portugis melalui kaedah pembinaan sebuah terusan merentasi Ethiopia dan mengalir masuk ke Laut Merah. Sungai Nil merupakan nadi yang menggerakkan ekonomi Mesir. Dengan menyekat aliran sungai Nil , Mesir akan berubah menjadi padang pasir yang tandus. Alfonso de Albuqurque memahami, untuk menghancurkan empayar Islam, akar kepada kekuatan  yang menjana kemajuan mereka harus dihapuskan. Dia mengenalpasti bahawa kekuatan ekonomi empayar Islam yang dijana dengan kekayaan nilai perdagangan empayar Islam dengan dunia di sebelah timur harus dihapuskan.

Sabotaj Ekonomi & Pakatan Bukan Islam

Walaubagaimanapun perancangan tersebut tidak direalisasikan. Pada 1509, Alfonso de Albuqurque mengarahkan satu ekspedisi Portugis ke Melaka pada 1509. Di dalam pertempuran dengan Melaka pada tahun tersebut, pihak Portugis mengalami kekalahan dan ramai orang mereka di tawan kerajaan Melaka.

1510, satu lagi ekspedisi dilancarkan oleh Raja Portugal untuk menyerang Melaka. Walaubagaimanapun, Alfonso de Albuqurque mengalihkan pasukan tersebut untuk menyerang Goa di India. Mengenai serangan pengganas Kristian Portugis ke atas Goa, Alfonso de Albuqurque mencatatkan di dalam suratnya kepada Raja Manuel I yang bertarikh 22 Disember 1510:

“Kemudian saya membakar kota tersebut dan membunuh setiap orang di situ. Selama empat hari orang-orang Tuanku tidak henti-henti menumpahkan darah. Di mana sahaja kami pergi, tiada seorang pun orang Islam yang terlepas. Kami membawa mereka ke masjid lalu kami membakar mereka. Para petani dan sami Hindu kami kecualikan. Kami dapati bahawa enam ribu jiwa orang Islam, perempuan dan lelaki terkorban dan ramai daripada askar berjalan kaki dan pemanah mereka mati. Tuanku, ini merupakan pencapaian yang cemerlang dan hebat. Goa adalah tempat penting dan agung tetapi tidak ada tindakan yang diambil terhadap kezaliman yang dilakukan oleh orang Islam ke atas rakyat tuanku.” 7 

Tetapi Goa bukanlah sumber kekuatan empayar Islam di Timur Tengah. Alfonso de Albuqurque menyedarinya apabila dia berada di Goa. Dia sedar bahawa kekuatan empayar Islam bukanlah terletak di India tetapi Selat Melaka. Jadi untuk meruntuhkan empayar Islam, Kesultanan Melayu di Melaka harus dihancurkan.

Melalui suratnya kepada raja Portugal sepertimana berikut :

‘By throwing the Muslims out of Malacca the fire of the sect of Mohammad will be extinguished and the creed will not extend itself any further. It may also cause the Muslims to leave the Indies. We have taken away from them their fountainhead in India, and if we take away this one also, they will have no country to sustain them.’ 8

Dicatatkan oleh Gregorio F. Zaide di dalam bukunya, Albuqurque menyatakan:

“Jika kita rampas Melaka dari tangan orang Moor (Muslim), Kaherah dan Mekah akan musnah, dan Venice tidak akan mendapat rempah kecuali yang dapat dibeli oleh pedagang-pedagangnya, di negeri Portugal.” 9

Julai 1511

Selepas 40 hari bertempur dengan Melaka, setelah ribuan gabungan longgar tentera Islam syahid, diikuti pembakaran bandar pelabuhan Melaka. Setelah masjid Melaka diruntuhkan, Julai menandakan pendaratan secara rasmi agama Kristian di bumi Nusantara.

Portugis membawa bersama mereka mazhab Katolik ke dalam Negara. Sebuah Chapel didirikan di tapak di mana Gereja St. Paul kini berdiri di bukit St. Paul, Melaka, pada 1521. Ia merupakan gereja Katolik yang pertama di sini. Walaupun berada di bawah perintah penjajah, tidak ramai orang-orang Islam berjaya dimurtadkan. Ulama’ di zaman itu bukanlah materialistik gilakan kuasa, glamour dan takut dengan pengundi bukan Islam. Belum wujud ulamak-ulamak politik yang membaca menyampaikan Islam mengikut kecenderungan politik. Berbeza dengan masa kini.

1629

Sepertimana yang telah disebut sebelum ini, Bible Bahasa Melayu pertama diterbitkan pada tahun 1629 ini. Ia dimulakan dengan penterjemahan Gospel of Mark dan Matthews ke dalam Bahasa Melayu oleh Albert Cornelius Ruyl.

1641

Belanda menjajah Melaka. Bersama mereka dibawa masuk mazhab Reformasi gereja Kristian (mazhab Protestant) ke Nusantara. Kemasukan mazhab ini juga menyebabkan semua aktiviti dakwah, gerakan penterjemahan Bible ke Bahasa Melayu oleh kumpulan Katolik terhenti. Kumpulan Katolik ditekan dengan kehadiran Belanda di Nusantara.

1731

Bible Bahasa Melayu yang paling lengkap diterbitkan melibatkan penterjemahan Old Testament (Perjanjian Lama) & New Testament (Perjanjian Baru) pada tahun tersebut.

1786

Melalui tipu daya, Francis Light Berjaya mendapatkan pajakan ke atas Pulau Pinang pada tahun 1786 dari Sultan Kedah. Ia menandakan era bertapaknya penjajahan British ke atas Tanah Melayu.

1808 – Pembinaan College Royale di Pulau Pinang.

Kedatangan penjajah Inggeris ke Pulau Pinang membuka ruang kepada kemasukan mubaligh-mubaligh Kristian dari Peranchis. Kemasukan mereka adalah secara tidak sengaja. Pada awalnya kumpulan ini merupakan kumpulan pelarian yang kemudiannya mengambil kesempatan atas ‘perampasan’ Pulau Pinang oleh Francis Light. Antara mubaligh yang terkenal dan yang berusaha keras kepada perkembangan dakwah Kristian di Pulau Pinang ialah Father Mathurin Pierre Pecot. Berusia 35 tahun semasa kedatangannya ke Pulau Pinang. Dia merupakan salah seorang dari mubaligh-mubaligh Kristian yang berasal dari Peranchis.

Pada tahun yang sama, pembinaan sebuah kolej bagi tujuan melatih mubaligh-mubaligh kristian di bina di Pulau Pinang.  College Generale ditubuhkan di Pulau Pinang pada 1808 dan masih wujud sehingga hari ini di kawasan Tanjung Tokong.

Father Pecot menyatakan perkara berikut berkenaan harapannya tentang menjadikan Pulau Pinang sebagai pusat penyebaran agama Kristian di Asia Timur. Beliau juga memuji langkah kerajaan British yang memberikan perlindungan kepada gerakan mubaligh-mubaligh Kristian dan tidak mengenakan tindakan di atas aktiviti-aktiviti yang dijalankan mereka di Negara yang dijajah mereka. Berikut petikannya:

Berkenaan Kompeni Inggeris, dia berkata :

‘If you think that have become a supporter of the (English) Company, you are not far wrong. It is the most favourable government for the preaching of our holy religion that I know of in India, it sets up no prohibitions or legal proceedings against missionaries.’

Berkenaan dengan harapannya terhadap Pulau Pinang, dia berkata :

‘I believe I can assure you that the Christian community of Penang will one day become one of the most flourishing, and the most interesting, of the Orient. Penang is a seaport which is becoming more significant every day. It is a little Calcutta, and  is for that immense city what Macao for Canton. From there one can communicate easily with the whole Orient.’ 11

Kebiadaban Paderi Beighton mendapat tentangan Muslim Pulau Pinang

Pada kurun ke 18, terdapat pelbagai pusat cetakan buku yang ditubuhkan di serata Nusantara termasuk Pulau Pinang. Kebanyakannya diusahakan oleh gerakan mubaligh Kristian. Penumpuan diberikan kepada penerbitan bahan-bahan cetak berunsur dakwah Kristian untuk kegunaan tempatan.

Di Pulau Pinang, penerbitan buku-buku Kristian yang bernada anti Islam diterbitkan. Penerbitan buku-buku dengan tajuk Pungutib Segala Pungutauan yang membuat perbandingan antara Injil dan al Qur’an, Hikayat Syeikh Salih yang Lagi bernama Abdul Masih dan buku Abdullah dan Sabbat yang menceritakan tentang orang Islam yang memeluk agama Kristian. Ianya dicetak berulang-ulang kali.

Mubaligh yang paling banyak menulis buku-buku yang bernada anti-Islam bagi tujuan dakwah Kristianisasi antaranya ialah Thomas Beighton. Dia mencetak bahan-bahan tulisannya sekitar 1844 di Pulau Pinang. Banyak tulisan Beighton dianggap sebagai menghina Melayu dan agama Islam. Sebelum itu, pada 1839, Gabenor Graham S.G. Bonham telah memberi peringatan keras kepada Beighton setelah menerima protes dari delegasi orang-orang Melayu. Beberapa waktu kemudian, sekumpulan orang Melayu yang berpengaruh mengambil inisiatif melawan Thomas Beighton secara intelektual dengan menerbitkan sebuah buku tebal sebagai jawapan dan bagi membalas hujah-hujah Beighton yang melampau dan dianggap sebagai kurang ajar. 12

Pada ketika itu, belum lagi wujud ulama’-ulama’ politik, ulama’ yang takut akhbar bukan Islam tidak lagi menjadikan dirinya sebagai rujukan dan ulama’-ulama’ yang dirinya sentiasa betul sehingga al Qur’an perlu menurut kepada kemahuan dirinya dan golongan yang diwakilinya.

Kes Lina Joy sebagai percubaan untuk membuka ‘Floodgate’

Kes Lina Joy yang timbul sekitar tahun 2006, merupakan sebuah kes serta percubaan berani kumpulan Kristian untuk membuka ‘floodgate’ bagi memudahkan orang-orang Islam dapat murtad dan diiktiraf perbuatan mereka menukar agama melalui jalan undang-undang.

Daripada percubaan ini, kita sebagai pemerhati tahu bahawa kes itu ditimbulkan bagi mencari jalan memberi peluang kepada ramai lagi muslim yang murtad untuk mendapatkan hak menukar agama. Kes ini tidak akan ditimbulkan jika yang Azlina Jailani seorang sahaja yang murtad. Tetapi, Lina Joy sebenarnya mewakili ratusan dan mungkin juga ribuan muslim yang murtad.

Sebelum kes Lina Joy ditimbulkan, dicatatkan di dalam sebuah penerbitan Kristian pada 2002, pihak gereja Kristian sudah pun mula menggunakan Bible di dalam bahasa Melayu di dalam beberapa kuliah, khutbah dan majlis di gereja-gereja sekitar Ipoh. Salah seorang dari paderi gereja tersebut dipetik sebagai berkata:

‛... In Peninsular Malaysia, BM (Bahasa Melayu) is the mother tongue of 55 percent of the population. Although there are stringent legal and social restrictions now. I believe there will come a time when God will break down the barriers. Will the Church be ready then to spread the Berita Baik (Good News) to those who speaks BM? … the experience of the churches which introduces BM has been great. Our BM ministries in S* P#####, Ipoh, has led to five new churches, and about 300 baptisms within 5 years.’



Apa yang dikatakan oleh paderi tersebut, merupakan aktiviti gereja-gereja di Ipoh pada tahun 2002. beliau menyatakan bahawa ajaran Kristian seharusnya disampaikan di dalam Bahasa Melayu kerana, 55% penduduk Semenanjung Malaysia merupakan mereka-mereka yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda. Persoalannya siapakah rakyat Malaysia yang berjumlah 55% di Semenanjung? Tentu sahaja mereka-mereka yang disasarkan itu adalah orang-orang Melayu yang beragama Islam.

Paderi tersebut juga secara terang menyatakan bahawa gereja bahasa Melayu mereka telah bertambah dari sebuah kepada lima buah pada tahun 2002. Beliau juga menyatakan bahawa gereja-gereja yang menggunakan bahasa Melayu ini telah berjaya membaptiskan lebih 300 orang. Persoalannya siapakah 300 orang yang berbahasa Melayu di dalam kehidupan seharian yang telah berjaya diKristiankan di Ipoh, Perak?

Jadi jelas, kes Lina Joy pada yang timbul pada 2005, merupakan percubaan mereka membuka ‛floodgate’ gelombang muslim yang murtad yang mahukan pengiktirafan perubahan agama mereka.

Kerana itulah blog ini secara konsisten sejak dari awal lagi menentang sebarang usaha pihak Kristian menggunakan nama Allah di dalam penerbitan mereka.

Selepas ini saya akan menceritakan satu percubaan untuk mengajak saya mendekati agama Kristian yang berlaku pada 2009.  InsyaAllah saya akan update di dalam blog ini.

anda boleh baca seterusnya di blog ini!

asampedaz: wahai sedara seagamaku bukalah mata kita bukalah hati kita! kemuncak mana kita sampai sayangilah ugama suci kita! insyaAllah kita selamat.

Gambar2 Pra-Perkahwinan Nabil & Zira Bertemakan Wonderland. (Unedited Version)


Petang ini, Nabil & Zira dijadualkan akan mengikatkan tali pernikahan mereka di i-City, Shah Alam. OHBULAN! dengan kerjasama Festival Pengantin akan membawa laporan siaran langsung pernikahan mereka secara eksklusif untuk anda.
Sebagai media online rasmi, OHBULAN! telah melaporkan peristiwa penting mengenai persiapan perkahwinan Nabil & Zira melalui artikel-artikel seperti berikut :
Foto Pra Perkahwinan Nabil & Zira
Foto Pra Perkahwinan Nabil & Zira
  1. “Saya Amalkan Sifat Membaca Akad Nikah Setiap Hari” – Nabil Raja Lawak.
  2. Eksklusif Foto : Kad Kahwin Nabil & Zira Tampil Konsep Buku Cerita Dongeng.
  3. Eksklusif : Video Pra Perkahwinan Nabil & Zira, Raja Lawak Menjadi Raja Sehari.
  4. Foto Eksklusif : Teaser Cenderahati Perkahwinan Nabil & Zira.
  5. Video : Trailer Pra Perkahwinan Nabil & Zira Sebagai Teaser!
  6. Save The Date : Video Pra-Perkahwinan Nabil & Zira Selit Unsur Lawak.
  7. Foto Eksklusif : Persiapan Gaun Perkahwinan Bakal Isteri Nabil, Nazira. 
  8. Gambar : Nabil Raja Lawak Bersama Bakal Isteri, Nazirah Ayub. Romantiknya!
  9. Eksklusif : Perkahwinan Nabil & Zira Berkonsepkan Wonderland.
di bawah beberapa foto pra-perkahwinan (unedited version) untuk tatapan anda selepas ini ehsan daripada team Feel.
Foto Pra Perkahwinan Nabil & Zira

Foto Pra Perkahwinan Nabil & Zira

Foto Pra Perkahwinan Nabil & Zira

Foto Pra Perkahwinan Nabil & Zira

Foto Pra Perkahwinan Nabil & Zira

Foto Pra Perkahwinan Nabil & Zira

Foto Pra Perkahwinan Nabil & Zira

Foto Pra Perkahwinan Nabil & Zira

Foto Pra Perkahwinan Nabil & Zira

Foto Pra Perkahwinan Nabil & Zira

Foto Pra Perkahwinan Nabil & Zira

Foto Pra Perkahwinan Nabil & Zira

Foto Pra Perkahwinan Nabil & Zira

Foto Pra Perkahwinan Nabil & Zira
Foto Pra Perkahwinan Nabil & Zira

Foto Pra Perkahwinan Nabil & Zira

Foto Pra Perkahwinan Nabil & Zira

Foto Pra Perkahwinan Nabil & Zira

Foto Pra Perkahwinan Nabil & Zira

@ohbulan.com

asampedaz: suka photography nabil amik nih..kelas.. ada jalan citer! dan oleh kerana itu gambar nabil naik vespa koneng menjadi pilihan sebagai "penghias" header asampedas nih..! hik! 

Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...