WALAUPUN sudah memiliki rumah bersama, namun merpati sejoli Zayn Malik dan Perrie Edward belum merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat ini.
Sebaliknya, mereka bercadang untuk mengakhiri zaman bujang pada 2015 nanti, lapor Daily Mail.
Keputusan itu diambil memandangkan jadual Zayn yang cukup padat dengan kerja-kerja seni muziknya.
Begitu pun, Edward sudah mempunyai tema perkahwinan yang diimpikannya bersama Zayn suatu hari nanti.
“Saya rasa, kami akan berkahwin di sebuah pantai di Barbados. Mungkin akan ada elemen budaya India untuk keluarga Zayn, saya suka itu,” kata Edward.
Pasangan itu turut mengakui mereka tidak sabar untuk melalui kehidupan baharu sebagai suami isteri.
Zayn dan Edward sah bertunang Ogos lalu setelah dua tahun bercinta.
@sinarharian.com.my