Friday, November 15, 2013

Bollywwod: Ranbir tolak SRK

  • Ranbir dan SRKRanbir dan SRK.
 1 / 1 
JIKA ramai pelakon baharu yang mengimpikan untuk bergandingan dengan 'megastar' Bollywood, Shahrukh Khan (SRK) dalam filem terbaru mereka, lain pula ceritanya dengan pelakon yang sedang meningkat naik, Ranbir Kapoor.

Bukan mahu bersikap angkuh, namun Ranbir menolak untuk digandingkan dengan SRK dalam sebuah filem arahan Karan Johar itu kerana enggan dibayangi aktor berbakat besar itu.

“Ramai menganggap Ranbir menolak tuah tetapi dia berbuat sedemikian kerana enggan dikatakan menumpang populariti SRK. Ranbir mahu berjaya dengan caranya sendiri.

“Dia mahu menjadi pelakon utama tanpa pesona dari mana-mana pelakon senior. Dia mahu menjadi seperti bintang terkenal Bollywood sebelum ini yang dikenali kerana lakonan yang mantap,” ujar sumber rapat anak kepada aktor Rishi Kapoor ini.

Selain itu, antara punca lain Ranbir terpaksa menolak tawaran tersebut adalah kerana sudah  menerima tawaran untuk membintangi Bombay Velvet, Jagga Jasoos dan Roy, yang menunggu masa untuk penggambaran.

@sinarharian.com.my

Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...