Showing posts with label sukan. Show all posts
Showing posts with label sukan. Show all posts

Friday, April 11, 2014

Koleksi Khairul Fahmi Che Mat bergambar dengan Kayla Elayna (4 Gambar)

Seronok betul kami tengok koleksi gambar Khairul Fahmi Che Mat bergambar bersama anaknya, Kayla Elayna yang dimuat naik oleh Lueniey di Insta-nya. Gambar penuh kecomelan Kayla selepas ini.
@mediamalaya.com

Tuesday, January 28, 2014

GAMBAR - AIDIL ZAFUAN & ZAREMA NIKAH 14 MAC, RESEPSI 16 MAC?

Setelah mendapat restu keluarga, khabarnya Aidil Zafuan bakal melangsungkan perkahwinan dengan Zarema pada 14 Mac. Malah ada sumber yang mengakui bahawa mereka juga bakal melangsungkan majlis resepsi selang dua hari lepas nikah di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur. 

Tambah sumber itu, Aidil dan Zarema baru-baru ini juga telah bertukar-tukar cincin merisik antara mereka. Waahhh... jika benar, tahniah diucapkan dan semoga perkahwinan Mac nanti beroleh kebahagiaan hingga anak cucu. 
 
 

 

 

 

 
Majlis perkahwinan kakak Zarema baru2 ini 
 

Zarema di majlis perkahwinan kakaknya baru2 ini 
 

Zarema di majlis perkahwinan kakaknya baru2 ini 
 

Majlis perkahwinan kakak Zarema baru2 ini 

 

@myartis.com

Monday, January 27, 2014

Litar hidop Zulfahmi

ZULFAHMI kini kerap ditaja beberapa jenama terutamanya jaket motosikal.


RIUH celotehnya menggeletek hati, apatah lagi ketika dia mengomel tentang solekan pada wajahnya. Lucu melihat gelagat pelumba Moto3 tanah air, Muhammad Zulfahmi Khairuddin membelek bibirnya yang dicalit gincu nipis di hadapan cermin.
“Tak pernah dalam hidup kena bersolek. Lagi-lagi bila kena pakai lipstik macam ini,” cemas kecil terdengar daripada getar suara anak muda berusia 23 tahun itu.
Ketika sesi fotografi Stailo bersama anak kelahiran Banting, Selangor itu, dia sedang menjalani latihan intensif di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sebelum pulang ke Sepanyol.
Sejak mencuri tumpuan dengan menduduki tempat kedua pada Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia di SIC pada Oktober 2012, kehidupan Zulfahmi banyak dihabiskan di benua Eropah.
Pencapaian Zulfahmi itu ternyata membuka jalan lebih luas kepadanya malah turut diberi pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) pada Februari tahun lalu kerana menjadi pelumba motosikal pertama negara yang mencatat keputusan podium pada kejohanan antarabangsa.
Dua bulan adalah tempoh maksimum bagi Zulfahmi menetap di Eropah bagi menjayakan perlumbaan. Lelaki yang berasal dari Kampung Bukit Changgang itu hanya berada di Malaysia sebanyak empat kali setahun.
Ekoran kelapangan masa yang terhad, dia memperuntukkan setiap minit waktunya dengan pengisian produktif. Ahad khususnya adalah satu-satunya hari lapang sepenuhnya bagi Zulfahmi, bebas tanpa sebarang latihan.

ZULFAHMI (kanan) mula membawa motosikal pada usia tujuh tahun dan mahir melakukan ubah suai sejak remaja.


Begitupun, tidak bermakna dia memilih untuk bermalas-malasan di rumah kerana darah mudanya masih menderu laju meminta untuk dipergunakan sebaik mungkin. Aktiviti lasak yang juga melibatkan motosikal menjadi keutamaan Zulfahmi pada hari cuti.
“Selalunya saya akan masuk hutan dengan motosikal jenis scrambler bersama lima atau enam orang kawan. Setakat ini, laluan paling mencabar yang pernah saya redah ialah Gerik, Perak,” ceritanya teruja.
Hobi lasak
Kecenderungan terhadap hobi lasak seperti motocross dan berbasikal membuatkan kelibat Zulfahmi jarang dilihat di pusat beli-belah mahupun lokasi tumpuan awam yang digemari kebanyakan remaja.
Jika tidak keluar rumah sekalipun, anak sulung daripada empat adik-beradik itu akan menukar landskap kediamannya menjadi sebuah bengkel. Selain hebat mengemudi jentera di litar lumba, Zulfahmi juga mempunyai bakat luar biasa dalam bidang ubah suai motosikal.
Justeru, tidak mustahil dia pernah bergelar pelesit rempit yang menjadi jaguh jalanan di sekitar kampungnya. Pengalaman remaja itu banyak mengajar Zulfahmi untuk terus meraih kejayaan lebih tinggi di peringkat antarabangsa.
Suka mengemas
Bermula umur tujuh tahun, dia sudah berani membawa motosikal ibunya selepas diajar seorang sepupu. Tempoh curi-curi menunggang motosikal berakhir apabila dia benar-benar mahir mengawal kenderaan beroda dua itu secara bersendirian.
NAMA Zulfahmi tercatat dalam Malaysia Book of Records sebagai atlet permotoran pertama negara yang menjejak podium antarabangsa.


“Saya suka mesin rumput di rumah, tapi perkara utama yang ramai orang tidak tahu ialah saya suka mengemas. Saya pantang kalau rumah berselerak,” butir katanya matang menjangkaui usia sebenarnya.
Naratif profesion Zulfahmi bermula pada tahun 2008 ketika dia menyertai Kejuaraan Cub Prix Malaysia. Kerjayanya terus mekar apabila berjaya menempatkan diri dalam kelompok 20 pelumba terbaik bagi kelas 125cc selaku finalis wildcard yang membenarkannya beraksi pada Kejuaraan Motosikal Dunia 2010.
Nama yang kian megah bagaimanapun tidak mengubah sedikit perwatakan bersederhana Zulfahmi. Mungkin ramai mengandaikan kemampuan pelumba tempatan itu menawan pentas antarabangsa adalah bersandarkan bakat semula jadi. Namun hakikatnya, disiplin dan keazaman tinggi dijadikan pencetus utama bagi mengiringi setiap pencapaian.
Keinginan menyambung pelajaran memang tertanam dalam diri Zulfahmi. Begitupun fokusnya kepada kerjaya lebih diutamakan malah menyifatkan setiap latihan dan perlumbaan juga adalah satu bentuk pelajaran yang tidak boleh dikutip di dalam kelas.
“Saya akan memilih bidang sukan permotoran kalaulah diberi peluang untuk sambung belajar,” luah Zulfahmi jujur yang turut mendedahkan bahawa sekiranya tidak bergelar pelumba, dia mungkin menjadi mekanik, jurutera atau polis trafik.
Fesyen
Masih banyak impian ingin dikecapi pelumba muda negara itu. Antaranya, menyandang posisi juara dunia Moto GP. Bagaimanapun, Zulfahmi enggan meletakkan sebarang jangka masa sasaran bagi melunaskan hasrat tersebut.
Pada sesi fotografi itu juga, penampilan Zulfahmi diubah eksentrik. Menyarungkan persalinan rekaan Kaer Azami menerusi label Kazami Homme, ciri maskulin Zulfahmi diterjemahkan ke dalam bentuk yang lebih menyerlah.
Namun pada dasarnya, dia hanyalah seorang lelaki bercita rasa ringkas. Baju-T kosong bersama jean sudah cukup melengkapi hari Zulfahmi, asalkan pakaian itu bersih.
Dia juga kerap ditaja beberapa jenama terutama jaket motosikal. Antara label tersohor yang membalut tubuh kecil Zulfahmi ialah Jack & Jones. Selain itu, kebanyakan pakaian hariannya dibeli di Eropah.
Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0121&pub=Kosmo&sec=Stailo&pg=st_01.htm#ixzz2ra3igxGy 
Hakcipta terpelihara 

Tuesday, January 21, 2014

KAHWIN KALI KEDUA - AIDIL ZAFUAN DIRESTUI KELUARGA

"Alhamdulillah, keluarga merestui perhubungan saya dan Zarema. Itu perkara penting bagi pasangan yang ingin berkahwin," demikian kata pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan yang bakal berkahwin tidak lama lagi. 

Tambah Aidil, dia tak mahu perkara lama (perkahwinan tanpa restu) berulang lagi. Kalau tiada aral melintang, dia dan Zarema akan berkahwin dalam Mac depan meskipun tarikh perkahwinan sebenar belum ditetapkan. 
 
 

"Saya berharap perkahwinan kedua ini akan kekal selamanya dan pada masa sama saya ingin mengubah diri menjadi seorang suami yang lebih bertanggungjawab. 

"Bak kata orang, pengalaman mengajar kita. Begitu juga dengan saya, segala kekurangan saya dalam perkahwinan terdahulu, saya ingin memperbaikinya pada perkahwinan akan datang agar dapat menjadi seorang suami yang baik. 

"Yang penting untuk perkahwinan ini, suami dan isteri perlu menjaga hati dan perasaan masing-masing agar tiada pihak yang terasa hati. Doakan jodoh kami, Insya-Allah," ujarnya sebagai berkata kepada MStar. 

Untuk rekod, Aidil sebelum ini telah bercerai talak satu dengan Rita Rudaini pada September 2013 di Mahkamah Rendah Syariah Seremban, Negeri Sembilan. Semuanya gara-gara lafaz cerai yang dibuat oleh Aidil kepada Rita menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) pada 4 Ogos tahun yang sama. 

Terdahulu, pada 2008, mereka telah bernikah di Songkhla, Thailand tanpa pengetahuan keluarga pihak lelaki hingga menimbulkan masalah. 

@myartis.com

HITUNG HARI - DEBAR LEUNIEY NATASHA SEBELUM BERSALIN

Debaran Leuniey Natasha, isteri Khairul Fahmi Che Mat yang kini hanya menghitung hari untuk melahirkan cahaya mata pertama. Rasanya, pasti Leuniey makin teruja menanti kehadiran anak pertama mereka itu... malah segala persiapan telahpun dilakukan. 

"Bila naik 20kg... hehehe gini mukanyaaa," ujar Leuniey yang mula mendapat pelbagai hadiah untuk bayi dan penjagaan diri selepas bersalin. 

Belajar dukung baby sebelum bersalin...
 


Naik 20kg  
 

Hadiah yang diterima...
 

 

Homemade nasi kerabu before deliver... Kata Leuniey 
 

 

@myartis.com


klik dan baca lagi...!

Saturday, January 18, 2014

Dapat Restu Keluarga, Aidil Zafuan Kahwini Zarema Zainal Mac Ini

Alhamdulillah. Gembira Abang Nara mendengar berita ini. Tidak mahu perkara yang lama berulang kembali, kali ini keluarga telah pun merestui perhubungan Aidil Zafuan dan Zarema Zainal. Menurut perancangan, mereka berdua bakal diijabkabulkan pada Mac ini. Apa pun yang penting, Aidil mengambil langkah bijak untuk mendapatkan restu terlebih dahulu sebelum berkahwin buat kali kedua.
aidil zafuan kahwin zarema mac
Bagi Abang Nara, perkara yang lepas biarlah lepas. Tak perlu diungkit lagi. Setiap orang ada hak untuk bahagia. Jadikan pengajaran apa yang telah berlaku. Kata Aidil kepada Mstar Online:-
Alhamdulillah, keluarga merestui perhubungan saya dan Zarema, itu perkara penting bagi pasangan yang ingin berkahwin. Saya tak mahu perkara lama (perkahwinan tanpa restu) berulang lagi. Insya-Allah kami akan berkahwin pada Mac depan.
Bak kata orang, pengalaman mengajar kita. Begitu juga dengan saya, segala kekurangan saya dalam perkahwinan terdahulu, saya ingin memperbaikinya pada perkahwinan akan datang agar dapat menjadi seorang suami yang baik
Yang penting untuk perkahwinan ini, suami dan isteri perlu menjaga hati dan perasaan masing-masing agar tiada pihak yang terasa hati. Doakan jodoh kami, Insya-Allah
aidil zafuan
Betul kata Aidil itu. Pengalaman lepas jadikan panduan untuk mengharungi kehidupan seterusnya. What past is past. Amboi “speaking” pulak Abang Nara. Tahniah diucapkan kepada Aidil dan Zarema atas berita gembira ini. Apa pun nasihat Abang Nara buat Aidil, jangan dilupa tanggungjawab anda terhadap 2 orang anak hasil perkahwinan dengan Rita Rudaini. Tahniah sekali lagi!!!
@beautifulnara.com

Saturday, January 11, 2014

Super FFU: Alhi gusti UFC, Anderson Silva patah kaki (7 Gambar)

Ahli gusti UFC, Anderson Silva mengalami patah kaki ketika di perlawanan UFC 168 tempoh hari di Las Vegas. FFUUU macam kaki plastik plak bila patah. Gambar penuh selepas ini.
@mediamalaya.com

Gambar Aisy Qaiser dan kutukan fesyen Zaquan Adha (6 Gambar)

 
Anak lelaki pasangan Ayu Raudhah dan Zaquan Adha yang bernama Aisy Qaiser kini telah memasuki usia 9 bulan. Aisy bakal mendapat adik yang baru memandangkan ibunya kini hamil anak kedua.
Baru-baru ini, pasangan ini bersama adik-beradik yang lain telah bercuti di Singapura dan menyambut Tahun Baru 2014 di sana. Walaubagaimanapun, Zaquan dikutuk di ruangan forum apabila menggayakan fesyen seperti gambar di bawah. Kesian Zaquan, gambar penuh selepas ini.
@mediamalaya.com

Friday, January 10, 2014

Apek & Leuniey Bakal Timang Cahaya Mata Perempuan

Kalau tak silap Abang Nara, hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi sebelum Leuniey Natasha dan Khairul Fahmi Apek akan bergelar ibu bapa. Mengikut jadual, Leuniey akan melahirkan anak sulung mereka pada penghujung bulan ini. Pastinya kini mereka berdua sudah tidak sabar lagi untuk menimang cahaya mata itu di tangan sendiri.
"apekBerkata kepada Media Hiburan, Apek telah memaklumkan yang mereka akan menimang cahaya mata perempuan. Pasti comel macam mak dia nanti. Tentu Leuniey sedang seronok membeli-belah baju cute-cute ala “princess” untuk si comelnya. Apa pun tahniah buat Apek dan Leuniey atas berita gembira ini.
"apek
Beberapa lagi gambar Leuniey sedang sarat mengandung dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
"apek
"apek
"apek
"apek
"apek
@beautifulnara.com

Monday, January 6, 2014

(TAHNIAH)Wan Zack Haikal Sudah Bertunang Dengan Syahifah

Ahhh ~~ Pasti remuk hati para gadis di luar sana yang mengharap selepas putusnya percintaan Wan Zack Haikal dan Zzati seperti yang Abang Nara gembar-gemburkan di bawah. Mana tidaknya, rupa-rupanya dalam diam Wan Zack sudah pun melangsungkan pertunangan. Gadis yang bertuah itu bernama Syahifah dan berasal dari Kemaman, Terengganu.
wan zack haikal bertunangMemang sama cantik sama padan kan? Semoga pertunangan ini akan berakhir dengan perkahwinan secepat mungkin. Harus banyak bersabar kerana Wan Zack khabarnya akan terbang ke Jepun semula untuk meneruskan kembali kariernya sebagai pemain bola sepak. Nanti dah kahwin boleh angkut bini sekali duduk sana. Hehehe.
wan zack haikal bertunang
Tahniah kepada Wan Zack Haikal dan Syahifah atas pertunangan ini. Abang Nara doakan semoga berbahagia. Beberapa lagi gambar sekitar pertunangan mereka dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

wan zack haikal bertunang
wan zack haikal bertunang
wan zack haikal bertunang
@beautifulnara.com

Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...