Friday, November 15, 2013

Pelancong Taiwan mati ditembak, isteri diculik

  • Hamza TaibHamza Taib
 1 / 1 
KOTA KINABALU - Seorang pelancong Taiwan ditemui mati ditembak dan isterinya dikhuatiri diculik oleh sekumpulan lelaki dalam kejadian di Pulau Pom Pom dekat Semporna awal hari ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, dalam kejadian jam 1 pagi itu mangsa yang berumur 57 tahun ditemui berlumuran darah di dalam sebuah bilik di pusat peranginan di pulau berkenaan dengan kesan tembakan pada tubuh.

"Semasa kejadian itu seorang pengawal keselamatan di situ mendengar bunyi tembakan dan melaporkan perkara tersebut kepada Pasukan Gerakan Am yang berada kira-kira 800 meter dari tempat kejadian," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, di sini.

Katanya, polis percaya isteri mangsa yang juga warga Taiwan berusia 58 tahun telah dilarikan oleh kumpulan terbabit ke perairan Semporna.

"Kami percaya mangsa yang dilarikan itu masih hidup," katanya menambah polis sudah menghubungi Kedutaan Taiwan bagi memaklumkan kejadian berkenaan.    

Hamza berkata, berdasarkan kelongsong peluru yang ditemui di tempat kejadian, polis percaya penjenayah menggunakan senjata berat.

Kes ini juga tidak ada kaitan dengan insiden pencerobohan dan motif kejadian masih disiasat, katanya.

Beliau juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat agar tampil membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 dan Seksyen 365 Kanun Keseksaan.

Terdahulu di JOHOR BAHARU, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mengesahkan kejadian berkata polis sedang memburu kumpulan penjenayah terbabit.

Di LAHAD DATU, Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Datuk Mohammad Mentek pula menegaskan keselamatan di pantai timur Sabah adalah terkawal.

Katanya pasukan keselamatan juga sudah mempertingkat kawalan terutama di pulau-pulau peranginan. - Bernama

@sinarharian.com.my

Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...